22 December 2009

perniagaan secara online

Menjalankan perniagaan secara online atau online business telah menjadi trend kini. Kalau dulu syarikat yang menjalankan perniagaan membina laman web untuk tujuan promosi tapi kini laman telah bertukar menjadi tempat untuk berniaga atau menjual produk.


Kalau kita search kat mana2 search engine perkataan perniagaan online, business online atau taip aje perkataan perniagaan akan terpaparlah jutaan laman web yang berkaitan perniagaan secara online.

Bermacam2 produk dijual secara online. Sebagaimana biasa yang terpapar kat screen ada yang jual baju, tudung, produk kesihatan, ubat kuat boleh angkat kayu balak dengan hujung jari ,produk minuman, produk perkhidmatan dan banyak lagi lah..tak kuasa nak taip.

Mengikut sumber dari internet terdapat 1.2 billion pengguna internet di dunia dan lebih kurang 14 juta adalah pengguna internet dari Malaysia. Perangkaan juga menunjukkan lebih 20 juta pengguna internet menggunakan bahasa Malaysia melayu dalam laman web atau blog mereka yang merangkumi pengguna internet Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei , Selatan Thailand dan beberapa negara lain.

Kalau diluar negara terdapat beberapa lama web perniagaan online yang paling top di antaranya ebay, amazon, wal mart, alibaba.com dan banyak lagi..

Dalam laman web tersebut pelbagai barangan dijual dengan harga serendah 1 US dollar sehingga barangan termahal yang pernah di jual di laman ebay iatu sebuah jet pejuang tentera US yang telah di dismantled dengan  harga  US  1 juta. Malah botol kosong yang didakwa ada hantu di dalamnya pernah terjual di ebay.

Sedikit fakta mengenai ebay ;
  • Pakaian wanita terjual setiap 18 saat dan hand phone setiap 6 saat di ebay.
  • Di anggarkan 84 juta pengguna ebay yang aktif diseluruh dunia.
  • ebay UK ketika ini mempunyai 15 juta pengguna.
  • 45% pengguna internet di UK melawat laman itu sekurang2nya sekali dalam masa sebulan.
  • ebay telah localized laman web dalam 30 negara termasuk Malaysia.
  • Turnover bagi tahun 2008 adalah UK $8.46 billion dan net income sebanyak UK $348 million.
  • ebay sekarang mempunyai 15,500 pekerja.
  • Kita boleh beli apa saja di web ebay yang mengandungi 13,000 product categories.

1 comments:

ANDRAINO ADAMS said...

Artikel yang baik, Pernahkah anda mendengar tentang LFDS (Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian, E-mel: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Hubungi: +1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) adalah sebagai perkhidmatan pendanaan Amerika Syarikat / UK yang mereka memberikan saya pinjaman $ 95,000.00 untuk melancarkan perniagaan saya dan saya telah membayarnya setiap tahun selama dua tahun sekarang dan saya masih mempunyai 2 tahun lagi walaupun saya senang bekerja dengan mereka kerana mereka adalah pemberi pinjaman Pinjaman tulen yang boleh memberi pinjaman kepada anda.