19 December 2009

F1 Tony vs Richard

Formula 1 atau F1 bukan sekadar perlumbaan untuk menentukan pemandu mana yang menang atau mendahului pelumba2 lain. Ia adalah pelumbaan untuk menentukan kereta mana yang pantas, team mana yang bagus dan juga perlumbaan antara sponsor atau penaja.

Dan yang terbaru dalam F1, perlumbaan antara 2 CEO iaitu Datuk Seri Tony Fernandes ( CEO AirAsia ) dan Sir Richard Branson ( CEO Virgin Group juga memiliki syarikat penerbangan Virgin Atlantic Airway )



Mungkin kalau diadakan perlumbaan kapalterbang lagi bagus. Kita dapat tengok kapalterbang mana paling laju. Kalau 2 CEO tu pandu sendiri lagi best kan?...

18 December 2009

selamat menyambut tahun baru

Di awal pagi terima sms dari dua orang rakan.
Pertama sms pada jam 2.52am diterima dari rakan yang bemastautin di Lemal;
"Semakin jauh kita tinggalkan dunia semakin dekat kita ke alam barzakh. Semoga   kita mendapat kerahmatan dan keredaanNya di dunia dan di akhirat. Selamat Tahun Baru Hijrah."
Sms kedua diterima dari teman yang tinggal di Paroi, Seremban pada jam 7.23 am ;
"Selamat tahun baru. Semoga diberkati amalan, disihatkan tubuh badan, dipanjangkan umur dan dikuatkan iman."
Hanya 2 teman yang menghantar sms sempena Awal Muharram dari lebih 50 contacts yang ada dalam handphone. Kami akui bahawa kami juga tak terpikir untuk sekurang2nya menghantar sms kepada keluarga atau teman sempena tahun baru bagi kalendar Islam. 


Kita sanggup bersengkan mata untuk menunggu detik 12 malam untuk menyambut tahun baru masihi. Dan pelbagai program dan acara diadakan. Tapi bila tiba tahun baru Hijrah, sunyi sepi. Kalau tak dijadikan public holiday mungkin kita tak tahu ianya hari pertama tahun baru dalam kalendar Islam.  Sama2lah kita manggunakan takwim hijrah dalam tugasan kita seharian.


Nama bulan dan makna dalam takwim Islam.

1.     Muharram-al-haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
      Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.
2.     Safar (ﺻﻔﺮ)                                                                                                                           Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.
3.     Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
      Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.
4.     Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
      Bulan kedua musim bunga.
5.     Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)
      Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.
6.     Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
      Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.
7.     Rejab (ﺭﺟﺐ)
      Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagaiRajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.
8.     Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)
      Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.
9.     Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)
      Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.
10.  Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
      Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.
11.  Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
      Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.
12.  Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
      Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

17 December 2009

Tiger WOOD



Perbualan ini terrr..rakam semasa berada dipejabat syarikat menjual peralatan dapur pakai buang.


"apsal kau tersengih sorang2 ni .."  tanya Kak Kiah kepada Cik Meah penyambut tetamu yang berada di kaunter depan.
" 4 lagi... ya mesti ada 4 lagi ..." jawab Cik Meah.
" apa yang 4 lagi tuu...."
" mesti ada 4 lubang lagi.... selalunya bila orang main golf mesti main 18 lubang sebab kebanyakan padang  golf ada 18 lubang..." jelas Cik Meah.
"habis apa kena mengena dengan 4 lubang lagi.."
"Saya tengah tengok web yahoo ni...ada cerita pasal Tiger Wood...bini dia Elin nak mintak cerai.. sekarang dah 14 mengaku buat hubungan sulit dengan husband dia... kalau ada 4 lagi mengaku maknanya baru le complete dia main golf .."
" Ooo...gitu. akak rasa dia buat hubungan tu sebab dia nak tunjuk hebat...ye le main golf guna his own stick..."  sambung Kak Kiah sambil berlalu...

P/S : Selalunya orang yang hebat dalam sesuatu bidang sebenar dia ada kehebatan lain yang tersembunyi... betul ke ?.

15 December 2009

Colmar Tropicale



Colmar, adalah sebuah bandar terletak di north-eastern Perancis (France). Colmar ditemui pada abad ke 9 dan merupakan bandar termasyur di zaman empayar Rome. Pernah di jajah oleh Sweden pada tahun 1632 dan ditawan oleh tentera Nazi, Jerman dalam tahun 1940.
Kota Colmar di kelilingi oleh bangunan bersejarah dimana sekitarnya terdapat tugu2 peringatan dan muzium yang mempamerkan artefact purba peninggalan dari pemerintahan Jerman dan Perancis.
Semenjak tahun 1980, Colmar telah menganjurkan International Summer Festival of classical music.(juga dikenali Festival international d classique de Colmar).
Sekiranya kita tidak berpeluang melancong ke Colmar, France apakata kalau kita melawat Colmar Tropicale di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.

Bienvenue a Colmar Tropicale

Journey into 16th Century Alsace charm with international attractions.





Reka bentuk bangunan yang sama dengan bangunan yang terdapat di Colmar, Perancis.







Terletak diatas bukit yang dikelilingi oleh hutan rimba dan padang golf .






Panorama di waktu malam yang cantik dengan kilauan lampu menerangi bangunan.






Colmar Tropicale juga menyediakan  kemudahan riadah seperti padang golf, gymnasium dan spa.


Keindahan bangunan terutama di waktu malam dengan tiupan angin dingin dan pemandangan hijau di sekelilingnya memberikan suasana yang damai dan nyaman.


Colmar Tropicale adalah resort  yang sesuai untuk dikunjungi oleh famili dan couple seperti mereka berdua......

08 December 2009

amal yang berpanjangan pahalanya

Anas r.a berkata : "Ada 7 pahala yang tetap diterima oleh seseorang itu apabila ia mati kelak, iaitu;
    Orang yang mendirikan masjid dan masjid itu terus digunakan oleh orang ramai sebagai tempat ibadah.
    Orang yang mengalirkan air sungai selagi orang tetap menggunakannya.
    Orang yang menulis mushaf selagi masih ada orang yang membacanya.
    Orang yang mengali perigi selagi ada orang yang mendapat menafaatnya.
    Orang yang menanam pokok buah-buahan selagi ada yang memakan buahnya samada manusia atau binatang.
    Orang yang mengajarkan ilmunya selagi ilmu itu diamalkan oleh mereka yang mempelajarinya.
    Orang yang meninggalkan anak yang soleh dan anak itu sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua orang tuanya.
Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah S.A.W telah bersabda : " Apabila telah mati anak Adam itu maka terhentilah amalnya malainkan tiga perkara ;
    Sedekah amal jariah
    Ilmu yang berguna dan diamalkan.
    Anak yang soleh
P/S: Sebagai insan biasa kita masih mampu untuk melaksanakan sebahagian kalau tidak semua amal tersebut. Semoga kita sama2 berusaha untuk melaksanakan amal yang memberi ganjaran pahala yang berterusan.

07 December 2009

selamat hari lahir, Era





Hari ini kami sekeluarga menyambut hari lahir Era secara sederhana. Apa yang penting kami sama2 meraikannya. Hidangan yang kami sediakan adalah ;

Hidangan

  • Kek tiramisu:
  •     Kek yang dibeli di kedai Kek Segar Cake and Bake.
  • Mee Goreng:
  •     2 kampit mee yang digoreng bersama udang. Mee buatan orang kampung yang tiada bahan pengawet, tiada rasa kapur yang dibeli di Pasar Mini Murni.
  • Satay Kajang:
  •     Satay ayam yang ditempah di Restoren Hj Samuri.
  • Jelly:
  •     Jelly kegemaran Ammar juga dibeli di Pasar Mini Murni.  
    Era, selamat hari lahir semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...Amin.

06 December 2009

kelas renang



Kelas renang untuk anak2 kami bermula hari ini. Setelah melakukan survey di beberapa tempat kami berpuas hati dengan kadar bayaran yang dikenakan. RM50 seorang untuk 8 jam kelas berenang yang di adakan selama 2 jam setiap hari ahad.

Tujuan kami menghantar anak2 belajar berenang bukan kerana inginkan mereka jadi jaguh renang tetapi sekurang2nya mereka pandai berenang dan tahu untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kecemasan.

05 December 2009

life adalah sos cili

Life

  • Abraham Lincoln:
  •     And in the end, it's not the years in your life that count. It's the life in your years.
  • Alan Bennett:
  •     Life is rather like a tin of sardines - we're all of us looking for the key.
  • Albert Einstein:
  •     Only a life lived for others is a life worthwhile.
  • Anais Nin:
  •     The personal life deeply lived always expands into truths beyond itself.
  • Anne Wilson Schaef:
  •     Life is a process. We are a process. The universe is a process.
  • Annie Dillard:
  •     How we spend our days is, of course, how we spend our lives.
  • Arthur Rubinstein:
  •     Love life and life will love you back. Love people and they will love you back.
  • Barbara De Angelis:
  •     They're basically moments in which you're in touch with the meaning of life, when your relationship to the rest of the universe makes sense.
  • Baruch Spinoza:
  •     What everyone wants from life is continuous and genuine happiness.
  • Ben Jonson:
  •     A good life is a main argument.
  • Benjamin Disraeli:
  •     Read no history: nothing but biography, for that is life without theory.
  • Bernice Johnson Reagon:
  •     Life's challenges are not supposed to paralyze you, they're supposed to help you discover who you are.
  • Bertrand Russell:
  •     The good life is inspired by love and guided by knowledge.
  • Carl Sandburg:
  •     Our lives are like a candle in the wind.
  • Gary Smalley:
  •     Life is relationships; the rest is just details.
  • John Dewey:
  •     Education is not preparation for life; education is life itself.
  • Katharine Hepburn:
  •     Without discipline, there's no life at all.
  • Ammar Haziq:
  •     Life is chili sauce brand. 

     

04 December 2009

apa dah jadi dengan syarikat telco ni...

Bengang 3X...apa dah jadi dengan syarikat telco nih...semenjak  2 menjak ni sms selalu lambat dapat. Jam 11 pagi tadi request TAC no dari bank nak buat online payment . Sampai sekarang tak dapat reply lagi. Reply dari bank - TAC REQUEST IS SUCCESSFUL  tapi TAC no tak dapat pun.. payment due date  esok....hyssss.

Lain kali kalau syarikat ada masalah, tak dapat bagi perkhidmatan terbaik untuk customer bagi aje notis begini;
HARAP MAAF, SYARIKAT KAMI MEMPUNYAI TERLALU RAMAI CUSTOMER, SILA TUNGGU..

03 December 2009

tiada lagi tempat berteduh....

Balik kampung tetapi menginap di hotel. Fenomena ini berlaku kerana apabila ibubapa sudah tiada, rumah peninggalan tidak didiami. Adik beradik semuanya dah berkeluarga dan mendiami rumah sendiri dan ada yang bermastautin di negeri lain.

Sudah tiada lagi tempat untuk bermalam apabila sesekali kembali ke tanah tempat kelahiran. Bukan tak mahu menumpang rumah saudara mara, sebenarnya saja tak mahu menyusahkan mereka.

Mungkin ramai yang mengalami suasana sebegini kerana setiap kali cuti raya tempat penginapan atau hotel fully booked.