02 November 2009

permata hijrah

Orang ramai berpusu2 datang ke pusat membeli belah alamanda putra jaya kerana ingin mencuba rawatan percuma yang ditawarkan oleh syarikat permata hijrah enterprise.

Tabik kepada 2 tabib iaitu Ustaz Ali dan Ustaz Zul yang berjaya mencipta dan menghasil ubatan atau rawatan alternatif yang berasaskan bahan atau sumber semulajadi.

Ini menunjukkan bahawa orang kelantan orang melayu juga berkebolehan dalam menghasilkan produk rawatan alternatif berasaskan herba atau bahan semulajadi.

Sememangnya orang ramai mengambil peluang ini untuk mencuba produk tersebut kerana ia diberi percuma. Seperti mana dalam tip irfan khairi, salah satu strategi pemasaran ialah memberi produk secara percuma bagi menambah keyakinan kepada pengguna.


Industri produk berasaskan bahan semulajadi atau herba begitu banyak terdapat dipasaran ketika ini. Pelbagai jenama dan pelbagai strategi pemasaran dilakukan oleh pengeluar untuk membuktikan produk keluaran mereka berkesan menyembuh penyakit.

Yang penting mereka ini perlulah ikhlas tidak menipu dalam menghasilkan sesuatu produk agar kita sebagai pengguna tidak ditimpa kesan samping yang boleh memudaratkan kesihatan .

01 November 2009

jambu air



Petang tadi semasa membersih laman dibelakang rumah, ternampak pokok jambu batu air yang ditanam 3 tahun lalu berbunga lagi.

Jambu air atau nama saintifiknya syzygium samarangense juga dipanggil chomphu di Thailand, bellfruit di Taiwan, wax jambu di Filipina dan jumbu di Sri Langka. Pokok jambu itu di beli di sebuah gerai buan2an ketika melalui jalan lama Kuantan KL , selepas pekan Maran.

Pokok jambu itu mulai berbuah pada awal tahun tapi amat mendukacitakan kerana kebanyakan buahnya busuk berulat.
Kalau sesiapa yang tahu bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut boleh email kepada kami .

31 October 2009

Lambaian Kaabah



Saban tahun Tanah Suci Mekah dan Madinah dibanjiri oleh jutaan umat Islam yang datang dari pelbagai pelosok bumi semata-mata untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima.

Tahun ini seramai 26,000 jemaah haji dijanka akan tiba di kota Mekah secara berperingkat bemula dari 20 oktober yang lalu.

Namun, hanya segelintir daripada jutaan umat Islam seluruh dunia yang berkesempatan untuk hadir ke Tanah Suci sebagai tetamu Allah bagi melaksanakan ibadat haji yang merupakan pelengkap rukun Islam.

Beberapa bulan yang lepas kami telah pergi mendaftar di tabung haji dan mengikut sistem pendaftaran tabung haji sesiapa yang mendaftar tahun ini, penerbangan ke tanah suci Mekah hanya pada tahun 2023.... lama tuh.. sempat ke?

Kata staf yang bertugas, kita boleh buat rayuan untuk pergi lebih awal itu pun bergantung pada kekosongan pada masa itu dan kita telah memenuhi syarat2 wajib haji.

SYARAT WAJIB HAJI

Disini kami tempelkan gambar di sekitar Mekah yang diambil semasa family menunaikan umrah .



























Bergambar bersama abang2 glamer....

29 October 2009

robohnya jambatan gantung di kuala dipang

Setiap kali anak kami menyertai rombongan, lawatan sambil belajar atau kem jati diri yang dikelola oleh pihak sekolah, satu surat perlu diisi dan ditandatangani ibubapa atau penjaga.

Surat tersebut menyatakan bahawa pihak ibubapa bersetuju membenarkan anak mengikuti program tersebut dan juga bersetuju untuk tidak akan mengambil apa-apa tindakan perundangan sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan kecederaan atau kematian.

Pihak ibubapa juga sepatutnya boleh mengeluarkan surat persetujuan kepada pihak yang mengganjurkan program tersebut untuk memastikan langkah2 keselamatan dari segenap aspek telah diteliti sebelum sesuatu program dilaksanakan.

Tragedi jambatan gantung yang roboh berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang yang merentangi Sungai Kampar, Perak boleh dijadikan iktibar. Tragedi tersebut telah meragut tiga nyawa.

Pihak berkuasa termasuk polis, JKR, Jabatan Pelajaran malah SPRM sedang melakukan siasatan bagaimana jambatan gantung yang baru dibina roboh. Apa yang perlu juga kita siasat sebenarnya ialah apakah langkah2 keselamatan yang telah disediakan oleh pihak penganjur sebelum program itu dilaksanakan.

Mengikut laporan dari wartawan beberapa agensi berita, tempat berlakunya kemalangan itu gelap dan tiada lampu jalan. Kenapa murid2 dibenarkan merentasi jambatan gantung itu melebihi 30 orang serentak sedangkan secara logiknya jambatan gantung strukturnya tidak kuat. Dan ada murid yang melompat atau menggoyang jambatan tersebut untuk tujuan menakutkan rakan2 mereka.

Dan lebih mendukacitakan hanya ada 2 pengawal yang turut membantu menyelamatkan mangsa dalam kemalangan tersebut berbanding dengan sejumlah 294 murid yang menyertai kem 1malaysia tersebut. Di manakah para guru pada masa itu atau mungkin juga jumlah guru wanita yang terlibat dalam program itu melebihi guru lelaki.

Kita tidak boleh meletakkan kesalahan 100 peratus keatas kontraktor yang menyebabkan berlakunya tragedi tersebut. Sekiranya langkah2 awal keselamatan dititikberatkan sudah kecelakaan seperti ini tidak akan berlaku. Kembali...

28 October 2009

Budget 2010

Bajet 2010 telah dibaca oleh PM pada Oktober 23. Agaknya lebih tepat menggunakan istilah bajet dibaca daripada menggunakan istilah bajet dibentangkan.

Saya mengandaikan bahawa bajet dibentangkan hanya boleh dilakukan oleh orang yang terlibat secara langsung dalam menyediakan bajet tersebut sebagaimana orang yang membentangkan kertaskerja.

Menyediakan bajet setiap tahun adalah kerja orang finance. Oleh kerana PM adalah juga adalah menteri kewangan maka secara tidak langsung beliau ditugaskan untuk membaca bajet yang disediakan oleh pakar2 finance dari kementerian tersebut.

Bajet 2010 dibaca mengambil masa hampir 2 jam. Dan saban tahun upacara membaca bajet sebegini diadakan di bangunan parlimen, bangunan dimana tempat berkumpulnya pemain2 politik yang dipilih oleh rakyat.

Bagi pemain2 politik tersebut, majlis pembacaan bajet sudah menjadi rutin tahunan mereka. Cuma tahun ini berbeda kerana orang baru telah mengambilalih tugas membaca bajet.

Rata2 ramai yang menyokong dan bersetuju dengan bajet 2010. Sudah tentu bagi mereka yang tak sehaluan, kritikan akan dilemparkan kepada pembaca bajet 2010 bukannya penyedia bajet.

Tapi mungkin juga betul, kritikan harus dilemparkan kepada pembaca bajet kerana beliau adalah PM yang juga mengendali MOF, orang yang perlu bertanggungjawab dalam apa2 tindakan dan perlaksanaan yang terkandung dalam bajet tersebut.

Sebagai rakyat biasa, isi kandungan bajet adalah merupakan gabungan angka2 peruntukkan, cukai2, subsidi dan isentif untuk target group tertentu. Boleh dikatakan isi kandungannya sama setiap tahun cuma angka2 dan percent nya berubah ubah mengikut selera dan firasat orang yang menyediakan bajet tersebut agar selari dengan situasi ekonomi dan politik semasa.

Walaupun peruntukkan, cukai mahu pun isentif dalam bajet diberi dalam bentuk angka dan peratusan, at the end of the year, kita sebagai rakyat biasa tidak tahu apakah keputusan, hasil atau pencapaian bagi bajet tersebut.

Berapakah peruntukkan telah digunakan. Sebagai rakyat biasa dapatkah kita lihat senarai projek yang telah dilaksasnakan dibawah peruntukan tersebut. Berapakah jumlah hasil yang dapat dipunggut dari cukai yang dikenakan dan siapakah ataupun golongan manakah yang menikmati subsidi dan isentif yang diberikan.

Alangkah eloknya kalau semua figure2 tersebut dapat dilihat dan diberi pendedahan kepada umum atau mungkin juga maklumat tersebut boleh dicapai secara online di laman web 1malaysia.

Setidak2nya rakyat biasa dapat mengikuti perkembangan atau status semasa bajet 2010 secara online dan tidak perlu menunggu sehingga upacara pembacaan bajet 2011 untuk mengetahui hasil keberkesanan bajet tersebut.

Apa pun yang penting agar bajet 2010 dapat memberi impak positif ke atas ekonomi negara secara tidak langsung memberi kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia.

26 October 2009

syawal pergi jua

Agak lama tidak update laman ni... seperti biasa la...alasan utama sibuk la.. takda masa la...sebenarnya kita yang tak committed... full stop.

Syawal dah berlalu.. hari ni 7 Zulkaedah bermakna dah seminggu syawal meninggalkan kita...musim raya dah habis sekarang musim haji.

Sepanjang bulan syawal yang lalu banyak menghadiri jemputan rumah terbuka walaupun rumah sendiri tak terbuka...Banyak juga majlis perkahwinan yang diadakan di bulan syawal...open house dan kenduri kahwin serentak ... jimat belanja... Apapun selamat pengantin baru kepada pasangan Muhammad Amir dan Nurul Nadiah.

09 September 2009

090909 radio day


Hari ini 090909 diistiharkan sebagai hari radio sedunia. Hari radio juga disambut buat pertama kali di negara kita.

Radio , ciptaan Thomas Edison adalah salah satu alat media yang boleh dikatakan dimiliki oleh semua orang. Setiap rumah mesti ada radio, dalam kenderaan malah di mana-mana kita dapat mendengar radio.

Perkembangan teknologi juga menjadikan radio semakin canggih. Kalau zaman dulu untuk mencari channel kita terpaksa melakukan secara manual. Sekarang kita boleh lakukan secara auto dan channel boleh disimpan dalam memori. Kini radio berada dihujung jari.

Kalau ada radio mesti ada juru hebah atau kini lebih dikenali sebagai DJ. Cara penyampaian DJ juga jauh berbeza kalau dibandingkan dulu. Mungkin juga disebabkan peranan dan pendekatan radio sudah berubah. Dulu radio berperanan sebagai penyampai maklumat kerajaan kerana radio hanya dikendalikan oleh RTM sebuah agensi kerajaan.

Di Malaysia terdapat 19 rangkaian radio milik swasta dan 34 rangkaian radio milik RTM yang dikendalikan dalam pelbagai bahasa. Rangkaian radio ini pula bersaing untuk menarik seberapa ramai pendengar supaya dapat menduduki rating tertinggi. Sebab itu kita dapati ada stesen radio yang mengunakan khidmat selebriti sebagai DJ.

Semuanya terpulang kepada individu untuk memilih rangkaian radio mana yang mereka minati. Bagi mereka yang mendengar radio untuk mendapat info dan maklumat tentang perniagaan dengarlah radio sebenar dan semasa atau the business station.

Happy Radio Day

04 September 2009

close friend

Semalam saya singgah di pasaraya Maidin untuk membeli butang baju melayu. Setelah memilih butang baju yang hendak dibeli saya beredar ke bahagian songkok. Kelihatan 2 lelaki Cina berada di situ. Seorang tengah mencuba songkok dan kawannya sedang meninjau kotak songkok yang tersusun di atas rak..

" You nak pakai songkok ke ..?" saya bertanya kepada lelaki Cina itu.

" Takda la.. saya nak beli untuk kawan kat oversea sana...dia tak dapat balik raya....
sana... mana ada jual songkok " jawab lelaki Cina.

" Macamana you tau sais songkok yang dia pakai..?

" Dulu.. topi saya dia boleh pakai...saya dengan dia kepala sama.."

Setelah mengambil songkok mereka beredar dari situ. Tentu lelaki Cina dan kawan Melayu yang tinggal kat oversea tu close friend.... dan sama kepala.

03 September 2009

cuti hari merdeka


Sempena cuti hari merdeka kami sekeluarga balik kampung kerana ada gotong royong mengecat rumah. Anak2 bersama sepupu mereka ambil bahagian mengecat rumah atuk mereka.

Gambar di atas adalah rumah atuk mereka yang disapu cat undercoat untuk menghilangkan warna asal.


Warna hijau askar dipilih kerana atuk mereka adalah pesara tentera. Warna itu juga dipilih sempena menyambut hari kemerdekaan ke 52. Dan di sinilah nanti akan berkumpul kesemua 19 orang cucu-cucunya untuk beraya.

30 August 2009

selamat menyambut hari kemerdekaan ke 52

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Itulah laungan keramat yang pertama bergema 52 tahun lalu.
Laungan yang menandakan bebasnya negara dari cengkaman penjajah.
Dan saban tahun laungan Merdeka! bergema diudara.

Setiap tahun sebelum jam menghampiri detik 31 Ogos pelbagai acara, pelbagai program diatur. Bertujuan untuk menyemarak sambutan hari kemerdekaan.

Acara larian merdeka, basikalton merdeka, bermotorsikal beramai-ramai sempena merdeka,
program kibarkan bendera, kibarkan jalur gemilang dan pelbagai acara hiburan diatur sebelum detik 12 tengah malam setiap 31 Ogos. Dan ianya akan diakhiri dengan pembarisan Hari Kemerdekaan.

Selalunya program-progam menyambut kemerdekaan diadakan secara besar-besaran. Skala program yang dilancarkan bergantung kepada mood pemimpin negara dan suasana ekonomi pada masa itu. Seandai nya pemimpin negara mahukan sambutan besar2an maka gugur bertaburan peruntukan2 untuk memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun tersebut diikuti deretan sumbangan dari pihak swasta.

Jarang sekali majlis ilmu sempena menyambut Hari Kemerdekaan diadakan secara besar2an. Kalau ada pun ianya dianjurkan dengan sekala yang kecil.

Tahun ini negara menyambut hari kemerdekaan yang ke 52. Mungkin disebabkan suasana ekonomi yang lembab pergolakan politik negara yang agak bercelaru maka sambutan Hari Kemerdekaan diadakan secara serderhana. Mungkin juga kerana tahun ini hari Kemerdekaan jatuh dalam bulan ramadhan.


Merdeka!

Laungan keramat ini sebenarnya memberi makna yang cukup besar kepada bekas pejuang negara iatu bekas askar Melayu DiRaja. Bila bergema laungan merdeka, kenangan silam iaitu pahit getir berjuang menghapuskan musuh negara terpantul dalam ingatan mereka. Bertapa besarnya pengorbanan mereka meredah hutan belantara membenteras ancaman komunis demi memastikan negara aman damai.

Mereka terpaksa bergadai nyawa, meninggalkan keluarga tercinta demi menyahut seruan negara untuk menjaga keamanan selepas mencapai kemerdekaan.

Sesungguhnya kami berbangga kerana lahir dari keluarga askar dan keperitan hidup keluarga askar di zaman dahulu telah kami rasai dan lalui.

Dan sempena Hari Kemerdekaan yang ke 52 ini kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua bekas pejuang negara.
JASAMU TETAP DIKENANG.