Showing posts with label putrajaya. Show all posts
Showing posts with label putrajaya. Show all posts

26 March 2010

video klip hot

Ramai dikalangan karyawan blog yang dah tua lama berkarya melalui blog atau lebih mesra dipanggil otai burger blogger, mereka ini ada memberi tutorial dalam blog masing2. Tutorial ini amat berguna terutama kepada mereka yang baru mengenali dunia blog atau mesra dipanggil obar orang baru  newbie Dengan adanya tutorial sebegini adalah lebih senang untuk obar copy dan paste saja tutorial tersebut kedalam blog mereka.

Para otai blogger yang menyelia kelas tutorial ini kebanyakkannya  mempunyai kepercayaan yang sama iaitu ilmu  tidak boleh disimpan atau dipendam dan ianya perlu disebarkan. Kerana ilmu yang disimpan ianya akan berkarat dan akan ditumbuhi cendawan. Jadi sebagai obar kita perlu berterima kasih kepada mereka yang rajin menyediakan tutorial.

Dan salah satu tutorial dari otai yang nak kami praktikkan ialah cara bagaimana untuk meningkatkan trafik. Ada 1001  pelbagai cara untuk melonjak trafik ke blog, diantaranya isi kandungan blog mesti bagus dan yang pentingnya title atau tajuknya mesti menarik dan ada unsur gempak, catchy dan sensasi. Kata otai , orang akan membaca tajuknya dulu sebelum membaca isinya sama seperti orang melihat cover buku  terlebih dulu sebelum membaca kandungan buku tersebut.


Oleh sebab itu otai blogger seperti Kak Jie selalu menulis tajuk yang ada unsur sensasi dalam blognya seperti contoh dibawah;

Untuk menjadikan title post gempak, kami tulis taip sebagai video klip hot. Janganlah pula ada yang menganggap kami ada video klip yang ada unsur xxy tu..sebenarnya ia adalah video klip hot air ballon fiesta di Putrajaya yang kami rakam baru-baru ini.
Apa komen otai dan obar?

22 March 2010

crazy rc helicopter

Selain pertunjukkan belon udara panas di Putrajaya terdapat beberapa program lain yang yang kami kira cukup menarik. Anak kami , Amir sempat merakamkan beberapa pertunjukkan yang di adakan semasa 2nd Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2010.  Di antaranya adalah pertunjukkan  remote control helikopter. 

Video klip menunjukkan kecekapan Mr Yap yang menerbangkan rc helikopter dengan aksi hebat. Beliau adalah juara rc helicopter pilot di Malaysia, Singapura dan Thailand. Mungkin anak anda suka menonton aksi hebat ini...

21 March 2010

hot air ballon fiesta 2010


Pertunjukkan belon udara panas (hot air ballon) telah diadakan buat kali kedua di Putrajaya. Pertunjukkan ini diadakan di Presint 2, Monumen Alaf Baru, Putrajaya.


Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta dianjurkan untuk kali kedua bermula 18 hingga 21 Mac 2010.


Tema pertunjukkan belon panas tahun ini adalah 1World, 1Malaysia, 1Fiesta.















19 March 2010

bermalam dirumah orang asal











Terdapat beberapa laporan dalam internet berkenaan orang asli yang berhimpun di Putrajaya kerana membantah atau tidak puas hati tentang isu pemberimilikan tanah.

Tetapi laporan ini tidak mendapat tempat dalam akhbar arus perdana.

Tabik kepada kumpulan orang asli itu kerana mereka sudah berani untuk keluar membuat protes atau menyuarakan pendirian tetang sesuatu isu. Ini menunjukkan kaum mereka sudah moden dan sudah tidak asli lagi.

Oleh sebab itu ada yang memanggil mereka sebagai orang asal. Di Malaysia terdapat lebih kurang 140,000 orang asal yang tinggal di serata ceruk. Mereka terdiri dari 3 kaum utama iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto.   Dan dibawah 3 kumpulan utama ini terdapat pecahan kaum yang lebih kecil seperti Temiar, Mah Meri, Temuan, Jakun, Orang Kuala, Bateq dan lain-lain.

Orang asal yang dah moden atau mungkin paling moden yang kami temui ialah orang asal yang tinggal di Kampung Bukit Dugang.

Kampung Bukit Dugang terletak kira-kira 10 minit perjalan ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Kawasan penempatan asal mereka telah diambil oleh kerajaan untuk pembinaan pusat pentadbiran Putrajaya.

Sebagai pampasan mereka telah diberi rumah batu yang dibina tidak jauh dari tempat asal penempatan mereka.

Satu lagi sebab yang mereka ni dah moden selain tinggal di Putrajaya, di sebelahan rumah mereka ada resort iaitu Astana Dugang Resort. Resort ini dahulunya dimiliki oleh seorang ahli politik tetapi kini telah dibeli oleh kumpulan nasyid Hijjaz dan telah ditukar nama kepada Teratak Hijjaz Astana Dugang Country Resort.

Lokasi Kampung Bukit Dugang adalah di pintu masuk ke Putrajaya atau ke Desa Pinggiran Putra dari Bandar Baru Bangi atau dari Bandar Baru Salak Tinggi iaitu berdekatan dengan kolam memancing ikan.

Kalau anda ingin merasa suasana tinggal dan bermalam dirumah orang asal anda boleh ke Kampung Pangsoon atau Kampung Sg Congkak di Hulu Langat kerana disana ada tempat penginapan ala rumah orang asal dan masih ada lagi orang asal yang tinggal disekitar tempat itu.

08 February 2010

koleksi gubahan bunga

Semasa melakukan kerja "menghapuskan" file lama dalam thumb drive yang nanti akan digunakan oleh anak kami Eda untuk menyimpan data tugasan sekolahnya, terjumpa satu folder yang mengandungi gambar bunga.


Gambar tersebut di ambil semasa pameran bunga di Putra Jaya awal tahun 2009.


Sayang rasanya nak delete folder yang menyimpan gambar gubahan bunga segar tersebut.


Jadi kami muat naik gambar tersebut untuk disimpan disini dan untuk tatapan semua.











Chantek tak bunga tu..?

28 January 2010

1Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera

Tanggal 1 Februari 2010 adalah hari Wilayah Persekutuan. Wilayah Persekutuan adalah gabungan 3 wilayah iaitu Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur yang berusia 36 tahun, Wilayah Persekutuan Labuan, 26 tahun dan Wilayah Persekutuan Putrajaya berusia 9 tahun pada tahun 2010.

Majlis perasmian sambutan Hari Wilayah Persekutuan akan diadakan jam 8 malam pada 31 Januari di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Majlis ini akan di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Tema sambutan Hari Wilayah pada tahun ini ialah "1Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera". Tema ini dipilih bagi memperkukuhkan peranan dan sumbangan berterusan Wilayah Persekutuan terhadap kemajuan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat selaras dengan gagasan konsep 1Malaysia- Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah menyatakan bahawa sambutan Hari Wilayah tahun ini di adakan secara sederhana melibatkan kos sebanyak RM3,000,000.00 dengan pengisian 40 program selama sebulan.

Di antara program yang dianjurkan ialah penyampaian sumbangan kepada fakir miskin, istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat, festival Hari Wilayah dan Maraton Malam Putrajaya.

Sempena Hari Wilayah Persekutuan, tarikh 1 Februari 2010 adalah hari cuti umum bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Untuk melihat jadual hari pelepasan am atau cuti umum bagi Persekutuan dan negeri tahun 2010 anda boleh klik disini.