Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini telah melancarkan hasil ciptaan terbaru paip air peralatan untuk mengambil wudhu' atau automatic wudhu' washer(AWW).
Peralatan ini dicipta oleh warga negara Malaysia yang bermastautin di Australia, Anthony Gomez, bekas juruterbang dan jurutera dan sekarang memegang jawatan CEO AACE Technologies Sdn Bhd.
Idea untuk mencipta alat tersebut tercetus semasa beliau berada dalam feri di Jordan pada tahun 2006 dimana beliau melihat ramai orang beratur untuk mengambil wudhu' di sinki.
Alat atau mesin wudhu' ini di reka menggunakan infrared sensor dan fully computerised dimana untuk wudhu' kita tak perlu menyentuh atau membuka paip air. Kelebihan mesin wudhu' ini dikatakan boleh menjimatkan penggunaan air sebanyak 1.5 liter air setiap kali wudhu dan masa mengambil wudhu' dapat dipendekkan.
AWW ini telah mendapat liputan meluas di Kaherah, Mesir pada tahun 2006. Pada masa itu Anthony Gomez melalui syarikatnya yang berpengkalan di Australia sedang dalam proses rundingan untuk membekalkan mesin tersebut di Arab Saudi, Oman, Kuwait dan Bahrin.
sumber : http://www.aace.com.my
Automatic Wudhu Washer yang akan dikeluarkan oleh AACE Technologies Sdn Bhd ini di anggarkan berharga RM10,000.00 se unit dan sudah mendapat tempahan terutamanya dari negara Timur Tengah.

