14 January 2012

sampah dan alam sekitar


Semasa cuti sekolah yang lepas kami sekeluarga pergi bercuti di sebuah pulau peranginan. Dan yang menyedihkan adalah masalah sampah yang tidak diurus dengan betul.

Sebenarnya nak tahu juga bagaimana sampah yang terhasil kat pulau tu dilupuskan. Adakah digali pulau tersebut dan sampahnya ditimbus atau dihanyutkan saja ke laut. Atau mungkin sampah tu diangkut guna feri ke tanah besar.

Di negara kita ada 289 pusat pelupusan sampah dan hanya 2.5 peratus yang berada dalam katogeri pusat pelupusan sampah sanitari.

Pusat pelupusan sampah sanitari adalah tempat pelupusan sampah yang lengkap dan diurus dengan sempurna dan tidak memudaratkan atau memberi kesan negatif kepada alam sekitar.

Dari 289 pusat pelupusan tersebut mungkin salah satunya ada di pulau besar seperti Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Bagaimana dengan pulau pulau kecil yang ada penduduk atau di pulau peranginan?



Kesian monyet... tangannya tersepit dalam tin minuman . Inilah akibat sampah atau bahan buangan tidak dilupuskan dengan sempurna.  .May be tin minuman tu di potong  untuk dijadikan bekas abuk rokok dan bahagian atasnya dibuang.
Lokasi : Pulau Beras Basah.

11 January 2012

food junction mid valley mega mall

Cappuccino ? ...bukan. Milo?...bukan. White coffee?..pun tidak. Macam Old Town white coffee tapi itu adalah teh tarik yang saya minum di Food Junction MidValley Megamall. Nampak macam best aje ...itu pasal  la ambil gambar...tapi lepas minum tekak jadi loya...

Begini ceritanya..Selalunya nak dapatkan parking di MidValley memang susah terutama hari Sabtu dan Ahad. Kebetulan ada exhibition berkenaan photography diadakan pada hari Sabtu di MidValley Exhibition Centre. So nak elakkan dari masalah parking datang  awal le.. Exhibition mula pukul 11.00 lagi ada masa 1/2 jam jadi pi  pekena teh tarik di food court tersebut.

Minum teh tarik sambil baca news paper. Sedar tak sedar dah hampir pukul 11.00 lalu susun balik paper untuk masuk exhibition hall dan masa tu la terpandang cawan teh tarik tadi... mak datuk.!!! cawannya berkaratttt...



09 January 2012

catatan baru dalam sejarah politik













Sumber foto dari AFP.

Satu lagi catatan baru sejarah politik tanahair dimana mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua  Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan oleh mahkamah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Sebagai rakyat biasa yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam politik melihat senario ini dari sudut kehakiman dan keselamatan.  Adakah ia mencerminkan ketelusan dan kewibawaan sistem kehakiman dan sejauhmana kecekapan pasukan keselamatan menjaga keamanan semasa perhimpunan. Semoga negara kita sentiasa aman...AMIN!.

07 January 2012

strategi dan program peningkatan upsr 2012

Sengaja saya masukkan program peningkatan UPSR 2012 sekolah anak saya dalam entri ini sebagai rujukan kemudian nanti.

Selalunya senarai atau surat penting yang perlu dirujuk kemudian hari hilang atau tersalah letak. Bila nak guna tak ada atau tak jumpa. Jadi nak senang masuk aje dalam blog...

Hari ini adalah hari pautan kasih 2012 dimana ibubapa diberi taklimat mengenai program kecemerlangan UPSR 2012. Banyak program yang dirancang untuk memastikan kejayaan pelajar.

Tahun lepas seramai 100 orang pelajar mendapat 5A dan target pelajar yang akan mendapat 5A tahun 2012 adalah 130 orang.

Jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program tersebut..

04 January 2012

hari pertama persekolahan






Program Semai Kasih







Hari pertama persekolahan tahun ini memberikan pengalaman baru kerana mendaftarkan anak bersekolah di salah sebuah sekolah berprestasi tinggi di Selangor. Sehari sebelum itu ibubapa diwajibkan hadir ke sekolah untuk Program Semai Kasih. 

Dalam program tersebut ibubapa diberi taklimat berkenaan sekolah SBT, pencapaian akedemik, pencapaian ko kurikulum dan program2 yang akan di jalankan sepanjang tahun. Malah dalam 3 minggu pertama persekolahan murid tidak dibenarkan membawa buku teks dan buku tulis kerana sepanjang tempoh tersebut ujian saringan akan dijalankan.

Ujian dilakukan untuk mengetahui tahap akedemik murid samada  boleh membaca, menulis dan mengira. Murid yang pintar iaitu yang sudah boleh membaca, menulis dan bijak matemetik akan di asingkan dengan murid yang lemah .

Murid yang lemah akan ditempatkan di kelas khas untuk mengikuti program LINUS (program literasi dan numerasi) iaitu program untuk memastikan murid tersebut dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Murid yang pintar pula akan disaring sekali lagi dan akan memduduki ujian untuk Program Permata Pintar.



Pendaftaran murid tahun 1.










Ibubapa pun kena ikut masuk kelas...











Warna pink tetap jadi pilihan...














Bersedia untuk menduduki peperiksaan minggu pertama persekolahan tahun satu...

03 January 2012

azam tahun baru

Minggu pertama tahun 2012. Macam biasa di awal tahun, azam tahun baru berlegar dalam minda.   Azam tahun lepas dah dilupakan. Yang pasti azam hanya di bicara atau diperkatakan hanya di minggu  terakhir dihujung tahun dan diminggu pertama awal tahun.. lepas itu tiada siapa lagi tanya kita tentang azam dan kita sendiri pun tak ambil kisah....Untuk tahun ini azam saya nak tambah investment .. Invest in myself.