Semasa cuti sekolah yang lepas kami sekeluarga pergi bercuti di sebuah pulau peranginan. Dan yang menyedihkan adalah masalah sampah yang tidak diurus dengan betul.
Sebenarnya nak tahu juga bagaimana sampah yang terhasil kat pulau tu dilupuskan. Adakah digali pulau tersebut dan sampahnya ditimbus atau dihanyutkan saja ke laut. Atau mungkin sampah tu diangkut guna feri ke tanah besar.
Di negara kita ada 289 pusat pelupusan sampah dan hanya 2.5 peratus yang berada dalam katogeri pusat pelupusan sampah sanitari.
Pusat pelupusan sampah sanitari adalah tempat pelupusan sampah yang lengkap dan diurus dengan sempurna dan tidak memudaratkan atau memberi kesan negatif kepada alam sekitar.
Dari 289 pusat pelupusan tersebut mungkin salah satunya ada di pulau besar seperti Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Bagaimana dengan pulau pulau kecil yang ada penduduk atau di pulau peranginan?
Kesian monyet... tangannya tersepit dalam tin minuman . Inilah akibat sampah atau bahan buangan tidak dilupuskan dengan sempurna. .May be tin minuman tu di potong untuk dijadikan bekas abuk rokok dan bahagian atasnya dibuang.
Lokasi : Pulau Beras Basah.