26 June 2009

king of pop micheal jackson




Semasa dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah sekitar jam 7.00 pagi tadi, semua radio memutarkan lagu Micheal Jackson. Malah Hitx.fm dan Fly.fm memutarkan lagu Beat It nyanyian Micheal Jackson pada waktu yang sama.

Tidak lama selepas itu DJ membuat pengumuman kematian raja pop Micheal Jackson. Micheal Jackson disahkan meninggal dunia pada jam 5.26 pagi waktu Malaysia di UCLA Medical Center Los Angeles.

Begitu pantas berita diterima dalam era internet masa kini dan mungkin selepas ini cd Micheal Jackson akan sold out dan sukar didapati kerana peminatnya akan membeli sebagai kenangan.

23 June 2009

selangor a cyber state by end-2010

Negeri Selangor akan menjadi negeri cyber sepenuhnya pada penghujung tahun 2010. Kenyataan yang di keluarkan dari pejabat YB Rodziah Ismail exco Kebajikan, Hal ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Selangor .

Kerajaan negeri Selangor mahukan rakyatnya menggunakan ICT sebagai media dalam urusan seharian seperti membayar bil, mendapat sumber maklumat dan lain-lain urus niaga.

Apa kata kalau urusan membeli barang runcit atau barangan dapur boleh dibuat melalui on line .. tentu memudahkan kita. Bangun dari tidur buka komputer dan order barangan dapur untuk sediakan sarapan pagi. Mungkin first delivery pukul 8 pagi.

Ray Mini market atau pasar mini SOHO atau sesiapa yang ada kedai runcit boleh cuba bisnes kedai runcit on line. Kini ramai pakar bisnes internet yang boleh bantu atau boleh hubungi Irfan Khairi . com

20 June 2009

sejarah pasir salak

Semasa cuti sekolah baru-baru ni kami sekeluarga telah dijemput untuk menghadiri majlis persandingan keluarga kenalan dari Merlimau, Melaka bertandang ke Kampung Chenderong Balai , Teluk Intan Perak.




Jalan ke Kampung Chenderong Balai adalah merupakan salah satu jalan untuk ke jeti Lumut. Oleh kerana tempat majlis persandingan tidak jauh dari Lumut kami sekeluarga sepakat untuk pergi bercuti di Pulau Pangkok selepas majlis kenduri tersebut. Kami menempah 2 unit chalet di Teluk Nipah, Pulau Pangkor.


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Lebuhraya Plus penuh sesak kerana hari itu merupakan minggu pertama cuti sekolah dan sukar untuk parking di hentian Tapah. Ramai yang mengambil kesempatan untuk cuti balik kampung atau pergi melancung.


Kami sampai ke Kampung Chenderong Balai lebih kurang pukul 11 pagi sedangkan majlis bermula pukul 12.30 tengah hari. Kami terpaksa tunggu 1 jam setengah lagi sebelum dapat makan tengah hari.

Sebelum sampai ke tempat kenduri kami terpandang signboard menunjuk arah ke komplek sejarah Pasir Salak. Sementara menunggu kompang bergema menandakan majlis bermula kami sekeluarga menuju ke komplek sejarah Pasir Salak.

Komplek Sejarah Pasir Salak dibina pada tahun 1990 untuk dijadikan sebagai pusat pengumpulan bahan bahan bersejarah khususnya bagi negeri Perak. Komplek ini dibina di Pasir Salak kerana disinilah bermulanya kebangkitan orang Melayu menentang penjajah British. Di komplek ini terdapat bahan sejarah seperti rumah Dato' Maharaja Lela, rumah Kutai I, Pentas Belotah, Perahu Naga, Terowong Sejarah, Tugu Peringatan Birch dan banyak lagi peninggalan sejarah.

Di sini juga terdapat balai pameran senjata lama, alat alat pengangkutan, perabot rumah dan pakaian. Dan ini merupakan kali pertama kami sekeluarga sampai ke Pasir Salak tempat di mana J.W.W Birch mati dibunuh.

15 June 2009

self esteem


Dari segi perwatakan Amir lebih berani dan berkeyakinan. Selalunya bila ada binatang atau haiwan kecil memasuki halaman rumah beliaulah yang akan menghalau binatang itu keluar. Tetapi semasa berada di zoo baru-baru ini hanya Aiman yang berani memegang se ekor ular sawa.

Pernah membaca buku bagaimana untuk membina keyakinan diri anak.
Di antara saranan dalam buku tersebut yang boleh diambil untuk meningkatkan keyakinan diri anak anak kita;

1. Beri peluang anak-anak untuk membuat pilihan sendiri. Umpama kalau kita pergi shopping pakaian. biar mereka yang pilih pakaian yang hendak dibeli dan kalau kita rasa pakaian itu tidak sesuai terangkan mengapa.

2. Cuba ubah rutin harian supaya mereka dapat hadapi perubahan tersebut. Selalunya kita hantar anak ke sekolah atau ke rumah baby sitter, sekali sekala suruh ahli keluarga kita yang hantar agar anak kita dapat menerima atau menyesuaikan diri apabila berlaku sesuatu perubahan dalam rutin hariannya.

3. Beri penghargaan terhadap pencapaian atau kejayaan anak. Kalau anak kita bawa balik lukisan yang dia buat kat sekolah yang cikgu dia bagi lima bintang, belikan frame dan gantung kat dinding tentu dia rasa bangga.

4. Jangan rancang anak kita untuk gagal. Contohnya menghantar anak ke kelas muzik sedangkan dia lebih minat melukis.

5. Beri peluang anak kita bagi pendapat atau cadangan.

6. Elakkan membuat perbandingan dengan adik beradik atau kawan kawan mereka tetapi bandingkan dengan pencapaiannya sebelum ini. “ Dulu Ammar tak boleh duduk atas kerusi ini, sekarang dah boleh duduk , dah boleh makan kat meja makan , Ammar dah besar ya ..!”

29 May 2009

MAS vs Air Asia


Air Asia vs MAS
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan

Sebelum ini, Air Asia terkenal dengan harga penerbangan rendah. Kini, MAS pula memperkenalkan harga penerbangan murah dibawah FireFlyz… Apa yang terjadi kini adalah, persaingan harga. Sudah pasti MAS lambat laun akan menggunakan strategi Air Asia juga!
Kini, apabila Air Asia vs MAS, siapa yang untung?


Catatan ***
Artikel ini dipetik dari laman web jutawan handsome money Irfan Khairi.

26 May 2009

cuti sekolah hotel penginapan percuma






















Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Adakah anda telah merancang untuk membawa anak-anak bercuti. Membawa anak-anak bercuti atau melancung akan mendekatkan kita dengan anak-anak. Ia dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan antara anak-anak dan ibubapa.

Berapa lamakah masa berkualiti kita bersama anak-anak setiap hari. Bagi ibubapa yang bekerja, masa kita bersama anak-anak mungkin tidak lebih dari 4 atau 5 jam sehari setelah ditolak waktu tidur. Bagaimana pula ibubapa yang bekerja out station.

Ambil kesempatan di musim cuti sekolah untuk membawa anak-anak melancung. Bercuti bersama keluarga tidak semesti kita pergi keluar negara. Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati di dalam negara. Rancang percutian sebaik mungkin. Tanpa perancangan percutian boleh mengakibatkan suasana boring dan membuang masa saja.

Berikut beberapa tip percutian berdasarkan pengalaman kami ..

1. Tempah penginapan lebih awal kerana banyak pilihan dan jangan guna kaedah walk in check in kerana musim cuti sekolah tempat penginapan selalu fully booked . Bagi keluarga besar apartment atau chalet ala semi D adalah sesuai. Pilih yang ada swimming pool – anak-anak suka mandi kolam. Google tempat penginapan atau tanya keluarga atau kenalan tempat penginapan yang bagus yang telah mereka diami.

2. Rancang perjalanan ke tempat bercuti. Kalau menaiki kenderaan sendiri berapa lama masa perlu untuk sampai ke destinasi . Senaraikan tempat yang hendak dilawati untuk mengelakkan kesuntukan masa terutama kalau tempuh percutian anda singkat.

3. Sediakan peralatan , pakaian dan makanan yang perlu dibawa. Bawa pakai yang sesuai dan perlu sahaja. Sediakan beg galas. Jangan lupa bawa pakaian untuk mandi kerana ada tempat tidak dibenarkan memakai pakaian biasa untuk mandi. Kalau ada baby pastikan keperluan pakaian dan makanan baby cukup. Jangan buang masa hanya kerana perlu beli diaper yang lupa dibawa. Beli roti , sardine atau tuna sandwich dan bancuhan minuman 3 in 1 untuk breakfast. Kebanyakkan tempat penginapan menyediakan breakfast percuma untuk dua orang sahaja. Kita boleh jimat wang dan masa dengan menyediakan breakfast sendiri. Biasanya apartment atau chalet ada kemudahan dapur.

4. Check-in tempat penginapan. Selalunya musim cuti anda hanya boleh check-in selepas pukul 2 petang kerana bilik penginapan belum ready. Jangan buang masa menunggu di lobby. Hubungi tempat penginapan terlebih dulu. Sekiranya dapat check in awal , buat pendaftaran ambil kunci dan simpan bag pakaian. Isikan barang keperluan lain dalam beg galas seperti sejadah, telekong dan barang keperluan baby ( jika ada baby ) untuk dibawa bersama. Se eloknya biar anak-anak tunggu di dalam kereta. Beritahu mereka kita datang untuk check in saja dan bukan untuk tidur atau mandi kolam. Mandi kolam disyorkan diwaktu pagi ke esokan hari kerana air kolam masih bersih dan tak ramai orang.

5. Kunjungilah tempat yang hendak dilawati seperti yang telah disenaraikan. Aturkan lawatan sebaik mungkin agar tidak kesuntukan masa. Makan tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak warung makan atau restoran. Begitu juga dengan solat , terdapat banyak surau atau masjid berhampiran malah setengah restoran atau food court ada menyediakan surau.

6. Balik ke tempat penginapan sebelum senja. Bersih diri dan rehat sekejap sebelum keluar untuk makan malam. Kalau hendak shopping atau window shopping boleh lakukan selepas makan malam atau kalau kepenatan terus balik ke bilik penginapan.

7. Keesokan pagi selepas sarapan bawa anak-anak mandi kolam . Waktu pagi adalah paling sesuai kerana air kolam sejuk, bersih dan tidak ada sinaran panas cahaya matahari. Tapi awasi anak-anak di kolam mandi kerana tidak semua tempat penginapan menyediakan pengawal keselamatan.

8. Sekiranya masih terdapat tempat yang hendak dilawati anda boleh check out awal dan pergi ke tempat tersebut sebelum pulang ke rumah. Begitu aturcara lawatan untuk percutian singkat dua hari satu malam.

Catatan ***.

Pernah kawan mencadangkan tempat percutian yang menawarkan penginapan percuma bermalam-malam dan disediakan makan dan minum secara percuma …………….
bercuti balik kampung.

22 May 2009

pelajar pintar

PUTRAJAYA 21 Mei - Kecenderungan pelajar-pelajar pintar yang sanggup mengambil sehingga 20 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mungkin akan berakhir.
Ini kerana Kementerian Pelajaran akan mengkaji kemungkinan untuk menghadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh calon peperiksaan awam itu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, amalan membenarkan seseorang calon SPM mengambil sehingga 20 mata pelajaran menyebabkan timbul masalah termasuk membabitkan pemilihan bagi mendapatkan biasiswa kerajaan. ”

Petikan dari akhbar Utusan Malaysia.

Kalau benar Kementerian Pelajaran akan menghadkan jumlah mata pelajaran dalam peperiksaan SPM maka selepas ini takkan ada lagi pelajar cemerlang seperti Nur Amalina, Azali Azlan atau Nik Madihah. Pelajar yang bukan sahaja pintar tapi mempunyai semangat yang kuat, tekun, rajin malah memiliki semua sifat-sifat terpuji yang harus ada bagi setiap pelajar.

Seandainya had jumlah mata pelajaran dilaksanakan sebelum ini maka kita semua tidak akan mengenali siapa Nur Amalina atau Nik Madihah . Mereka hanyalah pelajar biasa yang lulus cemerlang 10A atau 12A . Tidak ada bezanya dengan pelajar lain walhal mereka ini mempunyai kepintaran yang luar biasa. Jika had jumlah mata pelajaran dilaksanakan kita seakan menyekat kebolehan atau kepintaran seorang pelajar.

Sijil Terbuka SPM yang diperkenalkan pada tahun 2003 mewajibkan pelajar mengambil 6 mata pelajaran teras dan selebihnya terpulang kepada mereka untuk mengambil mata pelajaran elektif.

Takkan disebabkan desakan pihak tertentu berkenaan pemilihan pelajar untuk mendapatkan biasiswa JPA maka langkah menghadkan jumlah mata pelajaran dilaksanakan. Banyak cara atau pendekatan lain yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Pihak kementerian pelajaran khususnya pegawai yang bertanggungjawab dalam hal ini kena peka., jangan hanya ikut menari mengikut rentak orang politik yang sememangnya mengambil kesempatan untuk kepentingan politik mereka. Yang menjadi mangsa adalah pelajar iaitu anak-anak kita.

Catatan ****
Masih tidak faham mengapa apabila sesuatu dasar dilaksanakan , itu pun setelah dibuat kajian terperinci oleh pakar (seperti PPSMI , Sijil Terbuka SPM) dan beberapa tahun kemudian dasar tersebut terpaksa dikaji semula . Adakah semua dasar yang dilaksanakan dianggap sebagai dasar percubaan……?? Cubaan……

20 May 2009

mat rempit aka samseng jalanan

Bermula hari ini nama mat rempit ditukar. PDRM telah mengumumkan penukaran nama atau panggilan mat rempit kepada samseng jalanan. Media juga diminta menggunakan nama baru ini dalam liputan mereka. Nama ini ditukar kerana mungkin panggilan atau nama mat rempit sudah tidak serasi atau mungkin ada sebab-sebab lain.

Kalau zaman dulu, nama seseorang ditukar kerana nama yang diberikan tidak serasi atau memberi makna yang tidak baik. Tapi mat rempit ditukar kepada nama yang lebih nenonjolkan sifat-sifat samseng iaitu , suka buat kacau, suka bergaduh atau pun gedebe kata orang Kelantan. Bukan semua mat rempit ...oopp samseng jalanan adalah seorang samseng. Setengah dari mereka hanya sekadar melibatkan diri dalam perlumbaan haram yang boleh mendatangkan bahaya kemalangan kepada diri mereka dan juga orang lain. Dan hanya segelintir dari mereka yang benar-benar terlibat dalam perlumbaan haram dan yang lainnya hanyalah sekadar pengikut atau pemerhati saja.

Bukan tidak setuju nama panggilan ini ditukar tetapi dengan hanya sekadar menukar panggilan ianya tidak mendatang kesan kearah kebaikan. Malah orang ramai akan mula membuat tanggapan bahawa samseng jalanan adalah sama kategori dengan kumpulan samseng yang lain dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang lebih drastik sama seperti mana mereka membenteras kumpulan samseng lain.

Dulu mat rempit tidaklah begitu terkenal atau mendapat liputan meluas. Meraka adalah sebahagian daripada remaja bermasalah yang suka melepak dan mengambil bahagian dalam lumba haram. Dan apabila ada pihak tertentu menonjolkan aktiviti dan aksi mereka dilayar putih maka golongan remaja ini menjadi lebih action atau naik toncang. Mungkin selepas ini ada producer yang akan membuat filem, contohnya Hero Samseng Jalanan ,filem yang akan menceritakan bagaimana mat samseng jalanan ini menolong pihak berkuasa menangkap peragut. . Filem ini akan diwar-warkan sebagai filem yang akan memertabatkan kumpulan samseng jalanan ini walhal 95% babak dalam filem memaparkan aksi-aksi bahaya , aksi tak senonoh dan sebagainya yang kemudian aksi-aksi tersebut akan menjadi ikutan atau kebanggaan kepada mat samseng ini. Begitulah impak atau pengaruh filem ke atas golongan mat rempit sebagaimana yang terjadi sebelum ini. Sekali lagi mereka akan rasa megah atau bangga dilabelkan sebagai samseng jalanan. Akhirnya samseng jalanan hanyalah sekadar langkah penjenamaan saja.....

19 May 2009

Influenza A H1N1 flu virus

Semua akhbar utama hari ini melapurkan berita mengenai virus baru yang merebak di seluruh dunia iaitu virus Influenza A H1N1. Virus ini telah merebak ke negara kita setelah beberapa orang dikesan positif terhadap penyakit tersebut. Langkah-langkah tertentu telah diambil oleh Kementerian Kesihatan untuk mencegah dari wabak penyakit ini menular secara lebih serius.

Negara lain juga telah mengambil pelbagai tindakan untuk membendung penularan virus tersebut. Seperti mana di Jepun lebih 1000 buah sekolah telah ditutup sebagai langkah untuk mengelakkan kanak-kanak dijangkiti wabak tersebut.
Kelmarin sewaktu memasuki premis syarikat pengeluar barangan elektronik terbesar di Shah Alam (syarikat Jepun) kami tidak dibenarkan masuk ke premis tanpa memakai penutup hidung & mulut (mask) dan dikehendaki memberitahu samada pernah ke luar negara dalam masa terdekat. Begitulah kesannya akibat dari wabak penyakit terbaru yang melanda dunia kini.

Apakah virus Infuenza A H1N1?

Infuenza A H1N1 (dikenali sebagai “swine flu” sebelum ini) adalah virus baru yang menyebabkan sakit atau demam. Virus baru ini pertama kali dikesan di Amerika Syarikat pada April 2009. Lain-lain negara termasuk Mexico dan Kanada, telah dilapurkan diserang virus terbaru ini. Virus ini disebarkan melalui manusia ke manusia, iaitu lebih kurang sama dengan penyebaran virus influenza yang biasa ( regular seasonal influenza) yang berlaku sebelum ini.
Kenapa virus baru Infuenza A H1N1 kadang kala dipangil “swine flu”?
Virus ini pada asalnya dirujuk sebagai “swine flu” kerana ujian makmal menunjukkan kebanyakan gen virus baru ini adalah sama dengan virus influenza yang terdapat pada babi di Amerika Utara. Tetapi hasil kajian seterusnya telah mendapati virus ini sangat berbeza dengan apa yang tersebar pada babi di Amerika Utara . Ia mengandungi dua gen flu viruses yang terdapat pada babi yang tersebar di Europah dan avian genes dan human genes. Para saintis memanggilnya virus "quadruple reassortant".

Adakah manusia dijangkiti virus Infuenza A H1N1 ?

Kes pertama manusia dijangkiti virus Infuenza A H1N1 dikesan di Amerika Syarikat iaitu di Selatan California dan di Guadalupe County, Texas. Selepas itu wabak ini dilapurkan merebak ke beberapa bahagian lain di Amerika.
Apakah tanda dan gejala atau symptons orang yang diserang virus ini?
Gejala orang yang dijangkiti virus Infuenza A H1N1 adalah sama dengan orang mengalami demam biasa iaitu deman dengan suhu badan yang tinggi, batuk, sakit tekak, hidung berair, sengal-sengal badan, sakit kepala dan kelesuan. Kebanyakan orang yang dijangkiti virus ini juga muntah-muntah dan cirit-birit.

Bagaimana virus Infuenza A H1N1 ini merebak?

Virus Infuenza A H1N1 ini merebak hampir sama dengan cara virus flu yang lain. Virus ini merebak dari manusia ke manusia melalui batuk atau bersin oleh mereka yang dijangkiti. Kadangkala manusia dijangkiti virus melalui sentuhan barang yang telah dihingap virus ke mulut atau hidung.
Berapa lama orang yang dijangkiti virus boleh berjangkit pada orang lain.?
Buat masa ini virus ini mengambil masa 7 hari bermula hari pertama dikesan gejala untuk merebak selepas dijangkiti. Kanak-kanak mungkin mengambil masa yang lebih lama.

Bolehkah virus Infuenza A H1N1 merebak melalui makanan?

Virus Infuenza A H1N1 tidak merebak melalui makanan. Makanan yang dimasak adalah selamat dan tidak dijangkiti virus. Virus influenza Infuenza A H1N1 selalunya merebak atau menjakiti manusia melalui pernafasan. Belum terdapat kes dimana virus ini dijangkiti melalui makanan atau air yang diminum kerana air minuman selalunya dirawat dengan klorin dan dimasak sebelum diminum.

Pencegahan dan Rawatan.

Bagaimana untuk mengelak dari dijangkiti virus.Buat masa ini tidak ada vaksin yang dapat menghalang dari dijangkiti virus ini. Kita hanya dapat melakukan beberapa langkah untuk mencegah dari dijangkiti virus Infuenza A H1N1. Lakukan langkah-langkah berikut setiap hari untuk menjaga kesihatan agar tidak dijangkiti virus ini;
1. Tutup hidung dan mulut dengan tissu bila batuk atau bersin dan buang tissu tersebut dalam tong sampah yang tertutup.
2. Basuh tangan dengan sabun terutama selepas batuk atau bersin.
3. Elakkan dari menyentuh mata, hidung atau mulut.
4. Cuba elakkan bersentuhan atau mendekati orang telah dijangkiti.
5. Jika deman jangan keluar dari rumah selama 7 hari agar virus tidak
merebak.
Langkah lain yang perlu diambil:

Ikut arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan jangan menghadirkan diri ditempat keramaian dan jarakkan diri dari orang ramai. Jika dijangkiti bersedia untuk tinggal dirumah selama seminggu dan menyediakan peralatan yang diperlukan untuk mencegah dari virus ini terus merebak dan elekkan berjumpa dengan orang lain.

Bagi orang dewasa tanda-tanda demam yang memerlukan rawatan perubatan termasuk:
Sukar bernafas atau sesak nafas
Sakit atau tekanan di dada atau perut
Pening kepala atau kebingungan
Muntah-muntah.
Apakah ada ubat untuk melawan jangkitan virus baru ini?
Penggunaan oseltamivir atau zanamivir sebagai ubat untuk pencegahan infeksi terhadap Infuenza A H1N1 flu virus baru. Antiviral drugs adalah ubat (pil atau cecair) digunakan untuk melawan virus tersebut dan mencegah berlaku komplikasi yang serius.
Berapa lama dapat virus influenza bertahan atau hidup dipermukaan objek (seperti buku atua permukaan meja)?
Penelitian telah menunjukkan bahwa virus influenza dapat bertahan di permukaan dan menular kepada manusia dalam lingkungan 2 - 8 hari.
Bagai virus influenza A H1N1 dapat dihapuskan?

Virus influenza akan hancur oleh kepanasan 167-212 ° F atau 75-100 ° C. Selain itu, beberapa germicides kimia, termasuk klorin, hidrogen peroksida, detergent (sabun), iodophors yang berasaskan antiseptics dapat menghapuskan virus tersebut. Untuk mencegah penyebaran virus influenza sangat penting untuk menjaga kebersihan terutama meja makan, bilik mandi, dapur dan tempat permainan kanak-kanak. Peralatan di dapur seperti pingan mangkuk hendaklah dicuci dengan bersih.

*** Catatan:
Sebagian besar informasi dalam dokumen ini adalah berdasarkan kajian yang telah dilakukan dan terdapat dalam laman web kesihatan. Semoga kita dapat berkongsi informasi berkenaan virus influenza A H1N1 dan sama-sama kita mengambil langkah -langkat tertentu untuk membendung dari wabak ini terus menular atau merebak di negara kita. Sekiranya terdapat maklumat baru berkenaan virus ini akan saya kemaskini nanti.

15 May 2009

Selamat Hari Guru

Khutbah di masjid hari ini membicarakan tentang hari guru yang akan disambut pada 16 Mei 2009. Khatib yang membaca khutbah mengulas bertapa besarnya pengorbanan guru yang mendidik anak-anak muridnya hingga berjaya, menjadi insan yang berguna, menjadi pemimpin samada di peringkat korporat, pemimpin peringkat negari mahu pun pemimpin negara.

Kejayaan kita hari ini adalah merupakan hasil dedikasi guru yang mengajar dan membimbing kita menjadi insan yang berilmu. Sudah tentu guru juga akan merasa bangga bila melihat anak-anak muridnya berjaya. Bayangkan kalau seorang guru mengajar subjek matematik tahun satu yang muridnya seramai 175 orang ( 35 orang/ kelas x 5 kelas - sekolah kawasan bandar) dan mengajar selama 20 tahun bermakna beliau mempunyai anak murid seramai 3,500 orang. Kalau beliau juga mengajar tahun 2 atau tahun 3 sudah tentu jumlahnya bertambah. Agar sukar guru untuk mengenali atau mengingati semua anak muridnya. Jadi kita lah yang sepatutnya mengingati mereka.

Guru-guru yang mengajar kita sememangnya memiliki sifat-sifat terpuji misalnya sifat penyabar. Bukan mudah untuk melayan kerenah murid terutama murid-murid diperingkat rendah. Guru yang mengajar kita juga berperibadi mulia kerana guru adalah role model kepada murid muridnya. Sifat-sifat terpuji yang lain adah seperti adil , tidak membeza-bezakan antara anak muridnya, dedikasi dan bertanggungjawab. Pernah berlaku dimana guru menangis didalam kelas kerana melihat markah anak muridnya rendah atau merosot. Mungkin beliau merasa kesal kerana apa yang diajar tidak dapat diterima oleh muridnya. Lihatlah bertapa mulianya guru-guru yang memiliki sifat sedemikian.
Walaupun terdapat kes-kes guru yang tidak berdisiplin tetapi bilangannya terlalu kecil. Selalunya kes kes seperti ini sering diperbesarkan oleh pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan samada untuk kepentingan peribadi atau untuk kepentingan politik mereka. Apa pun jasa guru amat besar dan tidak ternilai dan kita patut menyanjunginya.

SELAMAT HARI GURU.