26 March 2010

video klip hot

Ramai dikalangan karyawan blog yang dah tua lama berkarya melalui blog atau lebih mesra dipanggil otai burger blogger, mereka ini ada memberi tutorial dalam blog masing2. Tutorial ini amat berguna terutama kepada mereka yang baru mengenali dunia blog atau mesra dipanggil obar orang baru  newbie Dengan adanya tutorial sebegini adalah lebih senang untuk obar copy dan paste saja tutorial tersebut kedalam blog mereka.

Para otai blogger yang menyelia kelas tutorial ini kebanyakkannya  mempunyai kepercayaan yang sama iaitu ilmu  tidak boleh disimpan atau dipendam dan ianya perlu disebarkan. Kerana ilmu yang disimpan ianya akan berkarat dan akan ditumbuhi cendawan. Jadi sebagai obar kita perlu berterima kasih kepada mereka yang rajin menyediakan tutorial.

Dan salah satu tutorial dari otai yang nak kami praktikkan ialah cara bagaimana untuk meningkatkan trafik. Ada 1001  pelbagai cara untuk melonjak trafik ke blog, diantaranya isi kandungan blog mesti bagus dan yang pentingnya title atau tajuknya mesti menarik dan ada unsur gempak, catchy dan sensasi. Kata otai , orang akan membaca tajuknya dulu sebelum membaca isinya sama seperti orang melihat cover buku  terlebih dulu sebelum membaca kandungan buku tersebut.


Oleh sebab itu otai blogger seperti Kak Jie selalu menulis tajuk yang ada unsur sensasi dalam blognya seperti contoh dibawah;

Untuk menjadikan title post gempak, kami tulis taip sebagai video klip hot. Janganlah pula ada yang menganggap kami ada video klip yang ada unsur xxy tu..sebenarnya ia adalah video klip hot air ballon fiesta di Putrajaya yang kami rakam baru-baru ini.
Apa komen otai dan obar?

24 March 2010

sup katak

Selalunya untuk meyediakan kuah sup atau sup kosong, kita perlu rebus air yang dicampurkan dengan rempah sup juga dimasukkan ayam. Ada orang kata untuk menjadikan sup lebih sedap, masukkan KATAK.

Baca disini.
P/s: Tak nak lagi makan sup di restoran.............

22 March 2010

crazy rc helicopter

Selain pertunjukkan belon udara panas di Putrajaya terdapat beberapa program lain yang yang kami kira cukup menarik. Anak kami , Amir sempat merakamkan beberapa pertunjukkan yang di adakan semasa 2nd Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2010.  Di antaranya adalah pertunjukkan  remote control helikopter. 

Video klip menunjukkan kecekapan Mr Yap yang menerbangkan rc helikopter dengan aksi hebat. Beliau adalah juara rc helicopter pilot di Malaysia, Singapura dan Thailand. Mungkin anak anda suka menonton aksi hebat ini...

21 March 2010

hot air ballon fiesta 2010


Pertunjukkan belon udara panas (hot air ballon) telah diadakan buat kali kedua di Putrajaya. Pertunjukkan ini diadakan di Presint 2, Monumen Alaf Baru, Putrajaya.


Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta dianjurkan untuk kali kedua bermula 18 hingga 21 Mac 2010.


Tema pertunjukkan belon panas tahun ini adalah 1World, 1Malaysia, 1Fiesta.















19 March 2010

bermalam dirumah orang asal











Terdapat beberapa laporan dalam internet berkenaan orang asli yang berhimpun di Putrajaya kerana membantah atau tidak puas hati tentang isu pemberimilikan tanah.

Tetapi laporan ini tidak mendapat tempat dalam akhbar arus perdana.

Tabik kepada kumpulan orang asli itu kerana mereka sudah berani untuk keluar membuat protes atau menyuarakan pendirian tetang sesuatu isu. Ini menunjukkan kaum mereka sudah moden dan sudah tidak asli lagi.

Oleh sebab itu ada yang memanggil mereka sebagai orang asal. Di Malaysia terdapat lebih kurang 140,000 orang asal yang tinggal di serata ceruk. Mereka terdiri dari 3 kaum utama iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto.   Dan dibawah 3 kumpulan utama ini terdapat pecahan kaum yang lebih kecil seperti Temiar, Mah Meri, Temuan, Jakun, Orang Kuala, Bateq dan lain-lain.

Orang asal yang dah moden atau mungkin paling moden yang kami temui ialah orang asal yang tinggal di Kampung Bukit Dugang.

Kampung Bukit Dugang terletak kira-kira 10 minit perjalan ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Kawasan penempatan asal mereka telah diambil oleh kerajaan untuk pembinaan pusat pentadbiran Putrajaya.

Sebagai pampasan mereka telah diberi rumah batu yang dibina tidak jauh dari tempat asal penempatan mereka.

Satu lagi sebab yang mereka ni dah moden selain tinggal di Putrajaya, di sebelahan rumah mereka ada resort iaitu Astana Dugang Resort. Resort ini dahulunya dimiliki oleh seorang ahli politik tetapi kini telah dibeli oleh kumpulan nasyid Hijjaz dan telah ditukar nama kepada Teratak Hijjaz Astana Dugang Country Resort.

Lokasi Kampung Bukit Dugang adalah di pintu masuk ke Putrajaya atau ke Desa Pinggiran Putra dari Bandar Baru Bangi atau dari Bandar Baru Salak Tinggi iaitu berdekatan dengan kolam memancing ikan.

Kalau anda ingin merasa suasana tinggal dan bermalam dirumah orang asal anda boleh ke Kampung Pangsoon atau Kampung Sg Congkak di Hulu Langat kerana disana ada tempat penginapan ala rumah orang asal dan masih ada lagi orang asal yang tinggal disekitar tempat itu.

17 March 2010

kampung losong diserbu

Last week end, kami memandu selama 7 jam ke KB kerana menghadiri majlis persandingan pasangan pengantin Dr Afida Suhana dan Syahrul Hizan.

Suasana di majlis persandingan itu meriah walau pun cuaca mendung dan hujan renyai-renyai.

Pada hari Sabtu ini, pengantin perempuan akan bertandang ke rumah pasangannya di KL. Dan sekali lagi kami sekeluarga akan dapat makan nasi minyak.

Selesai saja majlis persandingan tersebut kami terus menuju ke Terengganu dan bermalam di Bandar Permaisuri , Setiu.  Ke esokan harinya kami meneruskan perjalanan ke KL.

Kami sampai di KT lebih kurang pukul 11 pagi dan tempat pertama kami tuju ialah  Kampung Losong. Kampung Losong terletak di pinggir bandar Kuala Terengganu dan merupakan jalan masuk ke Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal. Kampung Losong terkenal kerana keropok lekornya. Di sepanjang jalan di Kampung Losong terdapat banyak kedai yang menjual keropok.



Kedai yang menjual keropok lekor yang kami serbu ialah kedai KEROPOK LOSONG ADIK_BERADIK.



 Untuk melihat apa yang ada di kedai keropok ini sila tonton video klip dibawah.

10 March 2010

cuti cuti Malaysia sempena cuti sekolah

Minggu ini adalah minggu terakhir persekolahan anak-anak kita dan minggu depan bermulalah cuti sekolah penggal pertama. Dan ada di antara anak kita sekarang  sedang menduduki ujian bulanan atau peperiksaan penggal pertama yang selalunya diadakan di minggu terakhir sebelum cuti. Lepas itu mereka akan bercuti selama 9 hari.

Apakah program cuti sekolah anak-anak anda.?

melancong
pergi umrah
berkhemah
mandi jeram
pergi zoo
berkelah dipantai
balik kampung
ziarah keluarga

Walau apa pun program  dirancang, yang penting kita dapat luangkan masa untuk bersama mereka. Inilah masa berkualiti untuk kita bersama mereka. Di hari biasa kita selalunya sibuk dengan tugas sepanjang hari dan mereka pula sibuk  mengulangkaji pelajaran atau menyiapkan homeworks.

Sama-samalah kita ambil kesempatan cuti sekolah ini untuk pergi bercuti bersama anak-anak,  semoga dapat mengeratkan hubungan dan kasih sayang antara kita sekeluarga.

08 March 2010

restoran bergerak

Untuk menarik pelanggan dan meninggkatkan jualan, kedai makan atau restoran telah melaksanakan pelbagai strategi.

Strategi terbaru adalah restoran bergerak. Restoran bergerak sebenarnya telah lama ujud dan ia telah diperkenalkan oleh rangkaian restoran mamak yang menjual nasi kandar , nasi beriani dan lain-lain.

Dan konsep restoran bergerak ini telah mula diikuti oleh restoran makanan segera yang terkenal seperti A&W.

Pizza hut juga telah mula memperkenalkan restoran bergeraknya.

Dan ada satu restoran yang sepatutnya dijadikan restoran bergerak tapi ianya tak bergerakrestoran bas london.


Kepada perantau london masih adakah bas seperti ini kat sana?

05 March 2010

sila jaga tepi kain orang


Sekali lagi kita digemparkan dengan berita kes penderaan kanak-kanak. Kali ini berlaku di Pangsapuri Seri Ara, Damansara dimana kanak-kanak malang itu meninggal dunia kerana di dera oleh sepasang suami isteri yang juga merupakan jiran kepada kanak-kanak tersebut.

Kes penderaan adik Syafiah Humairah buat masa ini belum lagi di bawa ke mahkamah dan terkini berlaku lagi kes penderaan yang mana mangsa dera juga meninggal dunia.

Dan lazimnya kes-kes penderaan ini hanya terbongkar apabila mangsa meninggal dunia. Kenapa kes penderaan tidak dapat dikesan lebih awal ?

Kita sebagai masyarakat yang hidup berjiran perlu memainkan peranan. Konsep " jangan jaga tepi kain orang" tidak lagi boleh di guna pakai. Konsep itu kita perlu ubah. Selain kita jaga tepi kain sendiri, tepi kain orang pun kita kena jaga.

Orang yang paling dekat dengan mangsa dera adalah jirannya. Sekiranya semangat kejiranan dalam sesuatu kelompok masyarakat itu kuat  sudah tentu kes penderaan sedemikian tidak akan berlaku ke tahap yang  teruk sehingga mangsa meninggal dunia.

Oleh itu sama-samalah kita ambil peduli tentang jiran kita.

P/S : Zaman sekarang orang dah tak pakai kain sarong lagi mungkin istilah "jaga tepi kain" dah tak relevan. 


04 March 2010

malam jumaat yang damai

Selalunya setiap hari Khamis ramai yang mengambil peluang untuk pulang awal dari pejabat atau tempat kerja.  Katanya nak bersama family kat rumah. Cuba baca entri Kak Kujie pasal malam Jumaat.

Yang pasti semua orang tahu malam Jumaat adalah malam special berbanding malam2 lain. Betul ke special ? Ya malam Jumaat adalah malam special kerana malam ini adalah malam untuk beribadat.  Banyak fadilat di malam Jumaat.  Sebab itu ramai yang balik awal kerana nak ke masjid untuk menghadiri majlis membaca yasin dan sebagainya.

Di antara amal ibadat  pada malam Jumaat yang patut kita lakukan;
  • Membaca Surah Al-Kahfi
  • Membaca Surah Yasin
  • Memperbanyakkan zikir, doa dan salawat
  • Solat sunat malam Jumaat
  • Berjimak
  • Qiamullai.
Untuk mengetahui kehebatan malam Jumaat  kita juga boleh baca KISAH_KISAH MALAM JUMAAT.

polis tembak teman wanita


Akhbar utama hari ini menyiarkan berita di mana se orang anggota polis telah menembak teman wanitanya angkara cemburu.

Kejadian seumpama ini sering berlaku dalam masyarakat kita. Kejadian seperti amok hingga mengakibatkan kecederaan malah sampai ketahap membunuh mangsa.

Punca utama adalah gangguan emosi atau gagal mengawal emosi menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu tindakan di luar kawalan minda.

Banyak faktor yang memyebabkan seseorang itu gagal untuk mengawal emosi.  Di antara faktor utama adalah tekanan atau stress dan pengaruh luaran seperti ketagihan dadah , pengaruh alkohol dan sebagainya.

Ada beberapa cara untuk kita mengawal emosi di antaranya;
  • Banyakkan istigfar , berselawat atau melakukan solat
  • Dengan demikian hati atau jiwa seseorang itu akan tenang dan damai.
  • Tarik nafas panjang dan lepaskan pelahan-lahan
  • Apabila seseorang terganggu emosi seperti dalam keadaan marah dengan melakukan sedemikian boleh meredakan perasaan marahnya.
  • Melakukan meditasi
  • Iaitu dengan berdiam diri dan bertenang. Cari tempat yang sunyi, damai dan jauh dari ganguan. Relax kan diri dan berfikiran positif.

01 March 2010

mangsa konflik hubungan cinta ibunya.

Terpanggil untuk berkongsi cerita sedih mengenai adik Syafia Humairah yang telah meninggal dunia kerana didera. Pelbagai reaksi dari masyarakat apabila menerima berita tentang kematian kanak-kanak tersebut akibat didera dengan kejam..

Pada awalnya ramai yang sedih dan simpati terhadap peristiwa yang berlaku terutama kepada ibunya yang kehilangan anak yang disayangi.  Dan kita mengutuk suspek yang merupakan teman lelaki ibunya kerana bertindak kejam dan sanggup mendera adik Syafia.

Sehari selepas kejadian itu tersebar beberapa versi berita tentang hubungan ibu mangsa dera dengan suspek.  Kita boleh baca kisah ini di sini.



Juga berita itu boleh baca di sini.


Apabila membaca berita terkini tentang peristiwa tersebut, pelbagai perasan timbul, sedih, marah, geram dan rasa macam tertipu. Dan yang pasti, perginya adik Syafia Humairah adalah berpunca dari  konflik hubungan cinta ibunya sendiri.

Sama-samalah kita sedekah al-Fatihah kepada adik Syafia Humairah. 
Al-Fatihah......