28 February 2010

mendarat di pantai

Kita selalu lihat kapalterbang mendarat atau mungkin kita mempunyai pengalaman berada dalam flight dan merasai bagaimana kapalterbang itu mendarat dilandasan.

Pernahkan anda melihat atau mempunyai pengalaman menaiki bot dan mendarat, bukan mendarat di jeti tetapi mendarat di atas pantai. Untuk mengetahuinya sila layan video clip ini.




Video klip perjalanan menaiki bot dari Pulau Giam, iaitu salah satu tempat snorkeling di Pulau Pangkor. Pulau Giam adalah salah satu dari 2 pulau kecil yang terletak berhadapan Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor.

Untuk pergi ke Pulau Giam kita boleh menaiki bot atau berkayak dengan kadar sewa RM 10.00 sejam.

22 February 2010

jom kelip kelip

Setelah selesai menikmati makan malam di restoran Aroma Ikan Bakar kami beredar menuju ke Kampung Kuantan, lebih kurang 10 km dari pekan Kuala Selangor. Di sinilah terletaknya keajaiban alam yang kami katakan sebelum ini iaitu tempat kelip-kelip atau fireflies berkumpul.


Ada yang menyatakan keajaiban kelip-kelip ini hanya terdapat di dua tempat sahaja di dunia dan salah satunya ialah di Kampung Kuantan.  Oleh sebab itu ramai pelancung asing yang datang untuk melihat kerdipan kelip- kelip terutama pelancung dari Jepun.


Sebenarnya kami selalu  lihat kelip-kelip atau dipanggil kunang-kunang semasa  kanak-kanak dulu (di kampung) kerana pada masa itu kunang-kunang selalu terbang di waktu malam dan kadang kala memasuki rumah. Tapi sekarang fenomena seperti itu tidak lagi dapat dilihat kerana spesis kunang-kunang atau kelip-kelip ini sudah pupus.

Kelip-kelip di Kampung Kuantan ini berbeza dengan kelip-kelip ditempat lain kerana di sini serangga ini berkumpul di pokok berembang yang tumbuh di sepanjang sungai Selangor dan mengeluarkan kerlipan cahaya yang sungguh menarik.
Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Keunikan yang ada pada kelip-kelip adalah pada ekornya, yang boleh mengeluarkan kerlipan cahaya.

Mengikut rekod kajian terdapat antara 1,900 ke 2,000 spesis kelip-kelip yang terdapat di dunia. Di Kampung Kuantan, Kuala Selangor terdapat 3 spesis kelip-kelip iaitu Pteroptyx tener, Pteroptyx valida dan Pteroptyx malaccae. 

Spesis dari jenis Pteroptyx tener adalah spesis yang paling banyak terdapat di Kampung Kuantan.  Kelip-kelip dewasa bagi spesis Pteroptyx tener hanya berukuran 5 - 10mm panjang. Keunikan yang ada pada spesis ini adalah kebolehan  menghasilkan kerdipan beritma secara serentak.


Kelip-kelip di Kampung Kuantan ini banyak mendiami di atas pokok berembang (Someritia caseolaris) yang tumbuh di tebing Sungai Selangor.  Kelip-kelip memerlukan keadaan cuaca yang lembab dan persekitaran berpaya untuk hidup dan membiak.


Pada siang hari, kelip-kelip ini menjadi tidak aktif dan berehat di bawah daun-daun pokok berembang. Kitaran hidup kelip-kelip berlaku secara "metamorfosis" iaitu ianya bermula dari peringkat telur kepada larva dan dari peringkat larva bertukar menjadi pupa yang akhirnya menjadi kelip-kelip dewasa.


Pembangunan dan penebangan hutan paya bakau secara berleluasa telah memberi kesan kepada populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan.  Kawasan hutan paya bakau di Kampung Kuantan telah berkurangan sebanyak 50% sejak 20 tahun yang lalu akibat pembukaan tanah untuk pertanian mahu pun untuk penempatan.


Sumber informasi : TNB Research Sdn Bhd dan FRIM.



Cahaya yang dikeluarkan oleh kelip-kelip tidak mengandungi infrared atau ultravoilet. Oleh kerana itu kerlipan kelip-kelip tidak jelas apabila dirakam dengan kemera biasa.

18 February 2010

jalan jalan cari makan

Bilakah kali terakhir anda bersama keluarga menjamu selera di tepian pantai sambil menikmati sajian ikan pari bakar dicicah air asam, ikan kerapu dimasak 3 rasa atau menghirup kuah ikan siakap dimasak sweet and sour?.. Wow...sungguh menyelerakan..


Apa kata kalau dihujung minggu ini kita bawa family menjamu selera di medan ikan bakar. Terdapat banyak medan selera atau medan ikan bakar yang famous di antaranya;
Medan ikan bakar PD
Medan ikan bakar Pasir Panjang
Medan ikan bakar Umbai, Melaka
Medan ikan bakar Alai, Melaka
Medan ikan bakar Bagan Lalang, Sepang
Medan ikan bakar Port Klang
Medan ikan bakar Serkam


Sekadar menyebut beberapa medan ikan bakar yang terletak di sekitar Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor yang pernah kami pergi. Memang terdapat banyak lagi medan ikan bakar di sepanjang persisiran pantai yang famous dan terkenal yang sering dikunjungi pengemar makanan laut atau seafood.

Sempena cuti Tahun Baru Cina kami sekeluarga berkesempatan menjamu selera di Medan Ikan Bakar Jeram, Kuala Selangor.


Terletak lebih kurang 13 km dari Pekan Kuala Selangor, melalui Jalan Kapar iaitu berhampiran Sungai Buloh. Ada beberapa restoran ikan bakar di sekitar kawasan ini dan kami singah di Restoran Aroma Ikan Bakar.


Selepas makan dan solat Magrib di restoran tersebut kami sekeluarga menuju ke satu destinasi untuk melihat keajaiban alam yang tidak terdapat ditempat lain. Di mana?...tungguuuu..next entry...

12 February 2010

tip untuk tahan lama dan lambat kuncup.

Lagi cerita pasal bunga. Tentu ramai di antara kita yang minat bunga samada minat tanam bunga, minat hias atau gubah bunga atau minat beli bunga terutama bunga segar.

Masalah yang sering kita hadapi ialah bunga yang dibeli tidak tahan lama, cepat kuncup atau layu. Bagi sesiapa yang expert pasal bunga tentu tahu bagaimana cara untuk mengekalkan kesegaran bunga agar tidak cepat layu.

Ada beberapa tip atau cara yang boleh dilakukan agar bunga tahan lama dan lambat kuncup.

  • Potong tangkai bunga dengan pisau yang tajam dan jangan guna gunting.


  • Bila potong tangkai bunga buat potong 45 degree. Ini dapat meluaskan permukaan untuk menyerap air.


  • Potong tangkai bunga diwaktu pagi dan segera letakkan bunga tersebut di dalam pasu yang berisi air. Jangan biarkan tangkai yang telah dipotong tadi terdedah tanpa air kerana ia menghalang keupayaan bunga itu menyerap air.


  • Bunga yang dibeli dari kedai bunga jangan terus dimasukkan dalam pasu, potong lebih kurang 1 inci tangkainya dengan potongan 45 degree.


  • Cantas daun atau kuntum bunga yang dah mati.


  • Isikan air suam dalam pasu. Bunga mudah menyerap air suam berbanding air biasa atau air sejuk.


  • Isi air se dalam 2 hingga 3 inci untuk elakkan tangkai cepat reput.


  • Guna bahan pengawet supaya bunga nampak segar. Bahan pengawet boleh buat sendiri iaitu 1 sudu teh gula sebagai baja, 1 sudu teh bleach untuk mematikan bakteria dan 2 sudu teh jus limau untuk mengawal pH air.


  • Tukar air dan pengawet setiap 2 hari untuk mengekalkan kesegaran bunga.


  • Jika bunga kelihatan layu bermakna ia tidak menyerap air dengan baik. Asingkan dari pasu atau mungkin boleh diselamatkan dengan memotong 1 inci tangkai bunga tersebut.

  • 08 February 2010

    koleksi gubahan bunga

    Semasa melakukan kerja "menghapuskan" file lama dalam thumb drive yang nanti akan digunakan oleh anak kami Eda untuk menyimpan data tugasan sekolahnya, terjumpa satu folder yang mengandungi gambar bunga.


    Gambar tersebut di ambil semasa pameran bunga di Putra Jaya awal tahun 2009.


    Sayang rasanya nak delete folder yang menyimpan gambar gubahan bunga segar tersebut.


    Jadi kami muat naik gambar tersebut untuk disimpan disini dan untuk tatapan semua.











    Chantek tak bunga tu..?

    06 February 2010

    CNY

    CNY - Chinese New Year atau Tahun Baru Cina akan disambut oleh masyarakat Cina pada 14 Februari 2010.

    Lebih kurang 27 peratus dari jumlah penduduk Malaysia yang berketurunan Tiong Hua akan merayakan Tahun Baru Cina iaitu hari pertama di tahun baru mengikut kalendar Lunar.

    Tarikh tahun baru ini sentiasa berubah tidak sepertimana  menyambut tahun baru masehi iaitu pada 1 Januari setiap tahun. Tahun Baru Cina selalunya bermula  bila bila masa diantara 21 Januari dan 18 Februari. Dan setiap tahun baru akan diberi nama mengikut nama binatang dimana tahun ini adalah tahun harimau.

    Tahun Baru Cina merupakan salah satu hari penting dalam masyarakat Cina. Pada hari tersebut semua ahli keluarga akan berkumpul dan diikuti pemberian hadiah atau ang pow dan diadakan upacara makan besar iaitu jamuan untuk makan makanan simbolik seperti yee sang - simbol kepada kemewahan dan kemakmuran.

    Pada tahun ini Tahun Baru Cina disambut bersama dengan sambutan  Velantine Day. Selalunya pada hari  Valentine ramai pasangan dari kaum Cina akan melangsungkan perkahwinan tetapi tahun ini jumlah  pasangan yang melangsungkan perkahwinan berkurangan. Baca laporan thestar.

    Ramai pasangan percaya bahawa melangsungkan perkahwin pada  tarikh tersebut tidak sesuai memandangkan tahun hari2mau harimau boleh membawa kepada  kemarahan, perbalahan dan konflik.

    Actually apa yang nak kami utarakan adalah bukan berkenaan CNY tapi  berkenaan cuti sempena CNY.  Ramai di antara kita yang akan bercuti sakan. Bagi mereka yang bekerja dengan majikan yang berbangsa Cina sudah tentu akan bercuti panjang, mungkin 10 hari termasuk week end.

    Tambahan pula kebanyakan sekolah juga cuti selama seminggu. Jadi sama-samalah kita gunakan cuti yang panjang ini untuk bersama anak-anak  Masih ada masa lagi untuk kita merancang untuk membawa anak bercuti sempena cuti Tahun Baru Cina. 

    04 February 2010

    pujuk anak buat homework

    Akhbar Utusan Malaysia sisipan MEGA muka surat 6 hari ini kebetulan memaparkan tentang ibu bapa yang menghadapi masalah anak-anak tidak minat belajar dan malas buat kerja sekolah sebagaimana entri kami semalam.


    Anda juga boleh baca artikel disini.

    03 February 2010

    6 langkah galak anak belajar

    "Jangan bising, abah tengah baca buku tu... abah nak jadi jutawan...." kata Amir kepada adiknya Ammar. Terpegun sejenak kerana anak kami Amir, tahu tentang buku yang saya baca. Bermakna dia memerhati saya membaca  dan melihat cover buku yang saya baca tanpa disedari. 

    Kebetulan pada waktu itu saya sedang membaca buku tulisan Adam Khoo.   Buku menceritakan bagaimana beliau menjadi jutawan ketika berumur 26 tahun.
    Setuju dengan pendapat dari pengkaji tingkah laku kanak-kanak bahawa setiap kanak-kanak akan memerhatikan apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka di rumah. Memerhati tingkah laku ibu bapa mereka adalah sebahagian dari proses pembelajaran dalam kehidupan mereka. Mereka akan cuba meniru atau melakukan apa yang dilakukan oleh ibu bapa . Kalau kita mahu anak-anak kita rajin membaca , ibu bapa seharusnya juga perlu rajin membaca dirumah .

    Terdapat beberapa cara atau langkah yang boleh kita praktikkan untuk menarik minat anak-anak kita membaca  atau mengulangkaji pelajaran. Di antaranya;
    • Jelaskan kepada anak kita tentang pentingnya pelajaran dalam hidup kita. Orang yang berpelajaran akan beroleh kejayaan. Walau pun nasihat ini selalu di berikan oleh guru, kita sebagai ibubapa juga perlu menasihati mereka. Untuk berjaya dalam pelajaran kena rajin membaca dan buat homework yang di suruh oleh guru.

    • Sediakan tempat yang sesuai untuk study dirumah. Turn off TV bila anak sedang belajar kerana anak kita tak dapat tumpukan perhatian kepada apa yang dibaca kalau rancangan kartun kegemaran mereka sedang ke udara. Atau letak TV dalam bilik supaya anak yang belum bersekolah dapat menonton TV didalam bilik dan mengelakkan dari mengganggu abang atau kakaknya yang sedang study.

      Ruang tamu juga boleh dijadikan ruang untuk study kerana ruangnya luas dan selesa. Coffee table juga boleh dijadikan meja study.

    • Duduk bersama anak apabila mereka sedang belajar dan bersedia untuk membantu anak bila mereka bertanya tentang pelajaran . Bila anak kita lihat kita bersama mereka belajar, mereka lebih bersemangat untuk belajar.

    • Ambil tahu tentang subjek yang anak kita sedang study. Bagi anak yang belajar di sekolah rendah ini tidak menjadi masalah kepada ibu bapa. Go through buku teks anak kita. Tujuannya supaya kita dapat membantu bila mereka bertanya atau tidak faham tentang subjek yang mereka pelajari.

    • Tanya soalan berkaitan dengan subjek yang anak kita sedang study. Dengan bertanyakan soalan membantu anak kita menggunakan otak untuk berfikir. Secara tidak langsung merangsang minda mereka. (sila baca disini)

    • Tahu tahap keupayaan anak kita. Setiap dari anak kita mempunyai keupayaan belajar yang berbeza. Dengan mengetahui tahap keupayaan mereka dapat membantu anak belajar secara lebih efektif. Ada yang boleh study berjam-jam tanpa break dan ada yang perlu break setiap 20 minit dan ada yang cepat boring bila mentelaah pelajaran.

      Dengan mengetahui tahap keupayaan mereka, kita boleh bantu mengatasi kelemahan tersebut. Sekira anak kita perlu break setiap 20 minit, benarkan mereka berbuat demikian. Tugas kita adalah pastikan anak kita kembali study selepas break.
    Banyak lagi cara atau langkah yang boleh diambil untuk menarik minat anak kita untuk belajar. Semuanya terserah kepada inisiatif atau usaha kita. Kejayaan anak kita adalah kejayaan kita juga.

    01 February 2010

    tersepit di eskalator

    Sumber : Harian Metro. 1/2/2010.

    Ibu mana yang tidak cemas apabila menghadapi situasi dimana kaki anaknya yang  tersepit di eskalator dan terpaksa menunggu selama SATU jam sebelum mendapat pertolongan. Situasi cemas bercampur sayu kerana anaknya berkali-kali merayu supaya ibunya melepaskan kakinya yang tersepit di eskalator tersebut.

    Walau pun tragedi itu merupakan satu kemalangan tetapi ianya boleh dielakkan. Dan di antara langkah yang perlu kita ambil semasa menggunakan eskalator ialah;
    • Periksa pakaian sebelum menaiki eskalator dan pastikan kain atau seluar yang labuh tidak akan tersepit dicelah eskalator. Pastikan accessories kaki seperti gelang kaki atau tali kasut diikat rapi.

    • Pastikan anda memandang kehadapan semasa menaiki eskalator dan tidak melihat barangan atau pakaian yang dipamirkan disekeliling.

    • Berdiri ditengah eskalator agar tapak kasut (terutama kasut bertumit tinggi) tidak tersepit di celah eskalator.

    • Jarakkan diri anda dengan orang di hadapan anda. Sekira orang di depan anda menghadapi masalah anda masih ada masa untuk bertindak.

    • Sebelah tangan hendaklah berpegang pada handrail eskalator dan sebelah lagi memegang bag atau tangan anak anda. Jangan letak hand bag atau purse atas handrail takut nanti terjatuh ke bawah atau tersangkut di celah eskalator yang sedang bergerak.

    • Berhati-hati menggunakan eskalator terutama apabila bersama kanak-kanak. Pegang tangan kanak-kanak, jangan biarkan kanak-kanak melompat di atas eskalator dan jangan sekali-kali membawa bayi dalam stroller menaiki eskalator.
    p/s : Kebarangkalian untuk berlaku kemalangan bagi benda yang bergerak adalah tinggi. Patuhi peraturan dan berhati-hati.