30 January 2010

semangat mengatasi segalanya

Ulasan dari keratan akhbar tiruan di atas;

  • Pada masa kini terdapat banyak sofware samada free atau berbayar yang membolehkan kita menggunakan aplikasi sofware tersebut secara terus tanpa perlu untuk mereka bentuk atau design.
    Aplikasi untuk menghasil cover buku, cover majalah, menerbit e-book atau mencetak akhbar sendiri untuk suka-suka aje begitu mudah dilakukan. Untuk buat keratan akhbar seperti di atas sila klik disini.


  • Cuba lihat jumlah pelajar perempuan yang menyertai cross country dalam keratan akhbar tersebut, 4500 orang...tak logik kan?? Perkara yang sama sebenarnya sering berlaku dalam lapuran akhbar yang kita baca setiap hari. Contohnya..."Kira-kira sejuta penganut Hindu termasuk pelancong asing membanjiri Kuil Sri Subramaniyar Swami di Batu Caves di sini, hari ini sempena Thaipusam bagi menghormati hari lahir Dewa Murugan"- rujuk Utusan 30/1/2010. Bagaimana angka 1,000,000 di perolehi?



  • Eqa Nadia menjadi johan dalam acara merentas desa,lapuran itu memang betul. Eqa adalah anak sulung kami yang memang memiliki semangat juang yang tinggi sama dalam akedemik atau dalam bidang sukan.

    Mendapat tempat ke 3 semasa latihan merentas desa, dengan semangat yang tinggi untuk menjadi juara akhirnya beliau berjaya.

    Begitu juga dalam pelajaran, pada awal tahun lepas beliau mengeluh kerana subjek add math susah tapi di akhir tahun beliau menjadi best student dalam subjek tersebut.

29 January 2010

Automatic wudhu' washer

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini telah melancarkan hasil ciptaan terbaru paip air peralatan untuk mengambil wudhu' atau automatic wudhu' washer(AWW).

Peralatan ini dicipta oleh warga negara Malaysia yang bermastautin di Australia, Anthony Gomez, bekas juruterbang dan jurutera dan sekarang memegang jawatan CEO AACE Technologies Sdn Bhd.

Idea untuk mencipta alat tersebut tercetus semasa beliau berada dalam feri di Jordan pada tahun 2006 dimana beliau melihat ramai orang beratur untuk mengambil wudhu' di sinki.

Alat atau mesin wudhu' ini di reka menggunakan infrared sensor dan fully computerised dimana untuk wudhu' kita tak perlu menyentuh atau membuka paip air. Kelebihan mesin wudhu' ini dikatakan boleh menjimatkan penggunaan air sebanyak 1.5 liter air setiap kali wudhu dan masa mengambil wudhu' dapat dipendekkan.

AWW ini telah mendapat liputan meluas di Kaherah, Mesir pada tahun 2006.  Pada masa itu Anthony Gomez    melalui syarikatnya yang berpengkalan di Australia sedang dalam proses rundingan untuk membekalkan mesin tersebut di Arab Saudi, Oman, Kuwait dan Bahrin.



Automatic Wudhu Washer yang akan dikeluarkan oleh AACE Technologies Sdn Bhd ini di anggarkan berharga RM10,000.00 se unit dan sudah mendapat tempahan terutamanya dari negara Timur Tengah.

28 January 2010

1Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera

Tanggal 1 Februari 2010 adalah hari Wilayah Persekutuan. Wilayah Persekutuan adalah gabungan 3 wilayah iaitu Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur yang berusia 36 tahun, Wilayah Persekutuan Labuan, 26 tahun dan Wilayah Persekutuan Putrajaya berusia 9 tahun pada tahun 2010.

Majlis perasmian sambutan Hari Wilayah Persekutuan akan diadakan jam 8 malam pada 31 Januari di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Majlis ini akan di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Tema sambutan Hari Wilayah pada tahun ini ialah "1Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera". Tema ini dipilih bagi memperkukuhkan peranan dan sumbangan berterusan Wilayah Persekutuan terhadap kemajuan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat selaras dengan gagasan konsep 1Malaysia- Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah menyatakan bahawa sambutan Hari Wilayah tahun ini di adakan secara sederhana melibatkan kos sebanyak RM3,000,000.00 dengan pengisian 40 program selama sebulan.

Di antara program yang dianjurkan ialah penyampaian sumbangan kepada fakir miskin, istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat, festival Hari Wilayah dan Maraton Malam Putrajaya.

Sempena Hari Wilayah Persekutuan, tarikh 1 Februari 2010 adalah hari cuti umum bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Untuk melihat jadual hari pelepasan am atau cuti umum bagi Persekutuan dan negeri tahun 2010 anda boleh klik disini.

24 January 2010

otak dan otak-otak

Semasa menunggu hidangan makan malam yang dipesan, Mak Cik dari gerai sebelah membawa se dulang otak-otak yang di bungkus dalam daun kelapa.

" Kami tak order otak-otak ni...."..
"Tak pa... kalau tak makan kami tak caj"....jawab Mak Cik sambil meletakkan dulang yang berisi otak-otak di atas meja.

"Otak..eh otak-otak tu apa"? tanya anak kami..

Mengikut kamus dewan otak adalah benda putih dan lembut dalam tengkorak yang menjadi pusat saraf atau di definasi sebagai kumpulan saraf yang menjadi isi tengkorak.


Otak adalah pusat sistem saraf yang mengatur dan mengawal  gerakan, perilaku dan fungsi tubuh seperti degup jantung, tekanan darah, keseimbangan cecair dalam badan dan suhu badan.

Otak juga bertanggungjawab ke atas fungsi pengenalan, pengalaman yang lepas, emosi, memori dan pembelajaran.

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa otak atau brain terdiri dari berbillion sel saraf atau neuron. Setiap satu neuron mempunyai kapasiti storan yang sangat besar menyamai sebuah PC.

Pernahkah kita dengar istilah otak geliga, otak cair, otak beku, otak udang dan sebagainya. Sebenarnya istilah-istilah tersebut hanya memberi 2 erti iaitu menunjukkan seseorang itu pandai atau cerdik atau sebaliknya.

Otak manusia terbahagi kepada 2, otak kiri dan otak kanan. Otak kanan mengatur dan mengawal fungsi saraf badan sebelah kiri dan otak kiri mengatur dan mengawal fungsi saraf badan sebelah kanan.

Sekiranya otak kanan rosak (damage) badan sebelah kiri akan lumpuh dan jika otak kiri rosak maka badan sebelah kanan akan lumpuh. Ini adalah fungsi otak sebagai pusat sistem saraf yang mengawal gerakan dan fungsi tubuh.

Bagaimana pula otak berfungsi dalam hal yang berkaitan emosi, ingatan, pengalaman dan pembelajaran. Fungsi otak ini lah yang akan menentukan tahap kecerdikan (intelligence) seseorang.

Dalam hal yang berkaitan dengan emosi, memory dan pembelajaran, otak kiri lebih tertumpu kepada hal-hal yang berkaitan dengan logik, matematik, pemikiran yang rasional, analisis, fakta dan sebagainya.

Manakala otak kanan lebih tertumpu kepada perkara yang mengembirakan (fun) atau mengasyikkan seperti irama atau muzik, mengelamun, berangan, imiginasi, perasaan dan lain-lain yang mendatangkan more fun.

Pengkaji telah merumuskan bahawa kanak-kanak yang mendominasi otak kiri memiliki ciri-ciri seperti sentiasa kemas dan teliti apabila melakukan sesuatu keja. Meja tulis sentiasa bersih, buku dan peralatan tulis di susun rapi. Kanak-kanak ini selalunya cemerlang dari segi pencapaian akedemik di sekolah tetapi tidak mahir berkomunikasi, emosional dan tidak kreatif.

Bagi kanak-kanak yang mendominasi otak kanan mereka memiliki karektor yang sebaliknya. Tidak berpakaian  kemas dengan rambut tak bersikat, keadaan bilik yang berselerak, suka bercakap, membuat bising dalan kelas dan suka mengganggu kawan.

Mereka selalunya tidak cemerlang dalam bidang akedemik tetapi kanak-kanak ini selalunya cemerlang dalam sukan, seni lukis, muzik atau aktiviti yang berkaitan dengan kreativiti.

Sudah tentu ada kanak-kanak yang mendominasi kedua-dua iaitu otak kiri dan otak kanan. Mereka ini lah golongan pelajar yang cemerlang dalam akedemik dan juga dalam bidang sukan atau bidang seni.

Otak kiri dan otak kanan memainkan peranan yang sama penting. Oleh itu kita perlu menggunakan kedua-dua nya. Untuk menjadi cerdik atau intelligence , otak terlebih dulu harus diberi input atau rangsangan.

Setiap dari kita mempunyai bilangan sel neuron yang sama. Yang membedakan antara satu dengan yang lain adalah jumlah jaringan atau hubungan sel neuron.(neuro-connections). Lebih banyak hubungan atau jaringan di antara sel neuron berlaku,  lebih bijak seseorang itu dalam bidang tertentu.

Bagaimana jaringan neuron ini berlaku dan apakah hubungannya? Jumlah jaringan sel neuron ini yang menentukan berapa banyak kita menggunakan otak. Setiap kali kita melihat, mendengar atau melakukan sesuatu atau setiap kali kita berfikir otak akan di rangsang. Apabila otak di rangsang maka tejadilah jaringan sel neuron tesebut.

Semakin banyak otak menerima rangsangan semakin banyak jaringan sel neuron berlaku dan semakin banyak maklumat di simpan dalam otak dan semakin cerdik seseorang itu. Kanak-kanak yang menerima banyak rangsangan lebih pintar berbanding dengan kanak-kanak yang tidak menerima rangsangan.

Itulah sedikit maklumat yang kami dapat berkenaan definasi dan fungsi otak bagi menjawab soalan yang ditanya oleh anak kami iaitu perbezaan antara otak dan otak-otak.

Sebagaimana kita tahu otak-otak pula adalah sejenis makanan yang  dibuat dari udang atau ikan yang dihancurkan dan dicampukan dengan santan, telur dan ramuan lain, dibungkus dalam dalam daun kelapa dan dibakar.

Persoalan mengenai perbedaan antara otak dan otak-otak sebenarnya telah merangsang minda untuk kami mencari jawapannya.

OUR BRAIN IS LIKE MUSCLE. USE IT OR LOSE IT.

18 January 2010

perahu naga

Sekali lagi kita dikejutkan dengan berita tragedi yang meragut nyawa pelajar semasa aktiviti ko kurikulum sekolah.

Tragedi perahu naga terbalik dan karam di pukul ombak besar di perairan Pantai Macalum telah meragut nyawa se orang guru dan lima pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 8.45 pagi pada 17 Januari 2010 tak kala pelajar sekolah tersebut sedang membuat latihan dan persiapan untuk menyertai pertandingan Perahu Naga Komanwel yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Julai di Teluk Bahang.

Tragedi ini mengingatkan kita kepada peristiwa yang berlaku di Kuala Dipang di mana 3 orang pelajar telah mati lemas akibat jambatan gantung roboh.

Sebagaimana yang berlaku di Kuala Dipang, tragedi perahu naga karam ini juga menunjukkan bahawa aspek keselamatan tidak di ambil berat.

Semasa kejadian itu berlaku ada pelajar yang tidak memakai life jacket dan sekiranya didapati cuaca buruk, ombak besar, program latihan tersebut sepatutnya dibatalkan atau ditunda.

Hasil dari siasatan kementerian pelajaran,di dapati pihak sekolah tidak mematuhi sepenuhnya arahan atau piawaian yang ditetapkan semasa menjalankan aktiviti ko kurikulum.

Kita sebagai ibu bapa rasa gusar apabila ada di kalangan anak kita yang ingin menyertai aktiviti ko kurikulum terutama yang di adakan di luar kawasan sekolah.

Kita sebagai penjaga terpaksa menandatangani surat persetujuan untuk tidak akan mengambil apa-apa tindakan sekiranya berlaku kemalangan ke atas anak kita sedangkan di pihak yang lain aspek aspek keselamatan di abaikan.









Foto : sumber dari bharian online dan thestar online.

16 January 2010

universiti teknologi petronas

Wawasan Malaysia adalah untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.  Untuk mencapai matlamat  tersebut negara perlu mempunyai modal insan yang berkualiti dan berpendidikan terutama dalam bidang sains, kejuruteraan dan teknologi.

Selaras dengan wawasan tersebut maka ditubuhkan Universiti Petronas Malaysia -UTP pada 10 Januari 1997 sebagai salah satu tempat untuk pembanggunan dan perkembangan modal insan.

Kampus UTP seluas 400 hektar terletak di Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak Darul Ridzuan.

Tun Dr Mahathir Mohamed ( Che Det) mantan Perdana Menteri ke 4 merupakan chancellor Universiti Teknologi Petronas.

Hari ini kami berpeluang mengunjungi kampus UTP sempena pendaftaran Along Faris yang mengikuti kursus Kejuruteraan Kimia di universiti tersebut.


Pendaftaran untuk sesi Januari 2010 telah bermula walau pun result SPM 2009 belum di umumkan. Pengambilan pelajar adalah berasaskan keputusan trial exam di sekolah.



Anjung masjid an Nur Universiti Teknologi Petronas.




14 January 2010

Hampir 1/2 tahun sudah Jimmy pergi meninggalkan kami sekeluarga. Pergi buat selama-lamanya. Sehingga kini pemergian Jimmy belum ada pengganti lagi.

Jimmy meninggal dunia kerana sakit. Jimmy meninggal semasa kami dalam persiapan untuk menghantarnya ke klinik setelah beberapa hari tidak menjamah makanan yang disediakan.

Anak kami menangis apabila mendapat tahu Jimmy sudah tiada. Jimmy adalah teman rapat mereka, teman untuk main kejar-kejar, teman untuk main bola dan teman semasa makan.

Bertapa eratnya hubungan Jimmy dan anak-anak kami. Mereka bersama-sama menyediakan makanan untuk Jimmy, menyediakan tempat tidur malah sering mandikan Jimmy yang sememangnya takutkan air.

Begitulah kemesraan dan kasih sayang yang terjalin di antara anak-anak kami dengan Jimmy, kucing kesayangan mereka.  ....baca lagi di sini.


Mengikut kajian yang dijalankan oleh penyelidik , memiliki binatang peliharan mendatangkan kebaikan dari segi kesihatan dan ada yang mengunakan haiwan peliharaan sebagai rawatan terapi untuk menyembuhkan penyakit.

Rawatan untuk pesakit autis iaitu pesakit yang menghadapi masalah berinteraksi dan berkomunikasi amat berkesan mengguna terapi sebegini.

Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit jantung yang memelihara binatang peliharaan, jangka hayatnya lebih panjang berbanding dengan pesakit yang tidak memiliki binatang peliharaan.

Delta Society telah mengumpulkan beberapa fakta berkenaan kelebihan orang yang memiliki binatang peliharaan dan hasil dari kajian yang dijalankan di antaranya;

  • Memelihara binatang peliharaan boleh mengurangkan stress dan dapat menurunkan tekanan darah.
  • Paras kolesterol lebih lebih rendah berbanding mereka yang tidak memelihara binatang
  • Jarang menghadapi masalah kesihatan
  • Kesihatan fizikal lebih baik kerana selalu exercise
  • Mengurangkan perasaan kesunyian atau keseorangan
  • Meningkatkan keyakinan diri terutama kanak-kanak
  • Kemahiran berkomunikasi atau berinteraksi bertambah
  • Mengeratkan hubungan, kasih sayang dan bertanggungjawab
  • Hidup lebih ceria
Agaknya sudah tiba masanya kami mencari pengganti Jimmy. Adakah kehilangan Jimmy boleh diganti dengan Arbie...?




12 January 2010

seni memujuk

Sudah lebih seminggu anak kita memasuki alam persekolahan. Ada di antara kita yang anaknya belajar di tahun satu sekolah kebangsaan dan ada yang memasuki pra-sekolah atau tadika.


Yang pasti kita sebagai ibu bapa merasa gembira kerana anak kita sudah memasuki alam baru dalam kehidupan mereka iaitu alam persekolahan. Alam dimana mereka mula melalui  proses pembelajaran, mula mengenal huruf, membaca atau menghafal nombor dan yang penting sekali mereka mula berkenalan, bermain dan berinteraksi dengan rakan sebaya.


Adakah anak kita ceria atau gembira untuk ke sekolah? Tentu ada di antara kita yang menghadapi masalah di mana anak kita keberatan atau lebih tepat menangis tak mahu pergi ke sekolah.


Keadaan seumpama ini berlaku mungkin disebabkan anak kita bimbang atau berasa tidak selamat apabila melihat ibu bapa tidak berada berhampiran. Mereka mula rasa tidak tenteram atau takut kerana ramai orang yang tidak dikenali berada di sekitar mereka.


Sebenarnya kami pun menghadapi masalah yang sama. Hari pertama dan kedua anak kami Aiman ceria semasa berada di sekolah. Di awal pagi hari ke tiga sudah nampak riaksi beliau yang agak keberatan untuk pergi ke sekolah.


Mungkin dia belum lagi dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di sekolah berbanding dengan suasana semasa di tadika dahulu. Dengan bilangan rakan sekelas yang ramai dan belum dikenali, terpaksa ke kantin membeli makanan bersendirian tanpa ditemani ibu bapa atau tidak biasa dengan guru  mungkin membuatkan dia tidak tenteram.


Dan yang penting kita sebagai ibu bapa perlu tahu apa yang menyebabkan anak kita keberatan untuk pergi ke sekolah dan seharusnya setiap ibu bapa perlu memiliki seni memujuk iaitu tahu cara dan teknik memujuk anak mereka. 

07 January 2010

stevia alternatif gula

Dalam kehidupan kita, bila timbul masalah kita akan cuba cari jalan penyelesaian. Kalau cara biasa  untuk selesaikan masalah tiada. kita akan cari alternatif .

Tak lama dulu kenaikan harga petrol menjadi masalah kepada kita. Untuk atasinya, kita kurangkan penggunaan petrol dengan pelbagai cara seperti guna pengangkutan awan, car pool atau cari alternatif ganti petrol dengan NGV.

Sekarang harga gula pula naik, jadi kita kurangkan penggunaan gula samada dalam minuman atau makanan. Sebagai alternatif gula boleh diganti dengan stevia iaitu sejenis pokok yang berasal dari Amerika Selatan.

Stevia adalah pokok herba dan ia merupakan pemanis semula jadi dan tidak mengandungi kalori dan bebas kolestrol.  Sebenarnya ia adalah lebih manis dari gula.

Stevia juga dikatakan boleh mengurangkan kandungan gula dalam darah, membunuh bakteria, merawat kulit bermasalah dan boleh digunakan untuk mengawal berat badan.

Pokok stevia telah mula ditaman secara commercial di Malaysia malah di Jepun stevia telah digunakan dalam penghasilan miniman Coca Cola.

Stevia juga banyak digunakan dalanm penghasilan produk makanan seperti kek, biskut , jem, chewing gum dll.
P/S : Banyak juga khasiat pokok stevia ni...kat mana boleh dapat benih stevia???.

06 January 2010

gemuruh

Ketika menunggu pengetua sekolah memberi ucapan aluan kepada ibubapa yang menghadiri majlis taklimat dihari pendaftaran sekolah, tayangan slide disediakan untuk tontonan ibubapa. Slide menunjukkan latar belakang sekolah, pencapaian dari segi akedemik, sukan dan juga anugerah yang diterima dari Kementerian Pendidikan.

Baru-baru ini sekolah tersebut diumumkan sekolah harian sekolah berasrama penuh yang mencapai keputusan terbaik PMR peringkat kebangsaan.

Tapi apa yang kami nak utarakan adalah berkenaan tayangan slide. Latar belakang muzik yang digunakan dalam slide tesebut iaitu menggunakan lagu "gemuruh" nyanyian Faizal Tahir.

Sebelum ini semasa anak kami menghadiri seminar motivasi, lagu ini juga digunakan sepanjang seminar itu berlangsung.

Irfan Khairi jutawan internet yang menganjurkan seminar usahawan internet juga menggunakan lagu gemuruh sebagai muzik latar dalam seminar beliau.

Apakah keistemewaan lagu ini? Mari kita hayati liriknya;

Lirik/Tajuk Lagu: Gemuruh
Penyanyi/Artis: Faizal Tahir (OIAM)

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa

05 January 2010

3 kunci komunikasi

Keghairahan,beri inspirasi , jelas dan pendek atau ringkas adalah merupakan 3 kunci utama dalam komunikasi  perniagaan sepertimana yang ditulis oleh jutawan internet IRFAN KHAIRI.

Kami lampirkan artikelnya yang bertajuk 3 kunci komunikasi perniagaan efektif.

3 Kunci Komunikasi Perniagaan Efektif
Oleh: Irfan Khairi

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa komunikasi adalah amat penting dalam perniagaan. Lihat sahaja mereka yang berjaya dalam perniagaan, dalam negara atau pun luar negara, pastinya mereka tergolong daripada mereka yang hebat berkomunikasi. Donald Trump, Oprah Winfrey, Bill Gates, Tony Fernandez, Ananda Krishnan dan ramai lagi adalah mereka yang hebat berkomunikasi!

Berita baiknya adalah, mereka yang hebat berkomunikasi, bukannya dilahirkan terus menjadi hebat dalam komunikasi. Komunikasi adalah sesuatu yang boleh dipelajari. Dalam artikel ini saya terapkan 3 kunci usahawan jutawan dalam menarik minat sesiapa sahaja dengan menggunakan strategi komunikasi efektif.

Rahsia #1: Keghairahan

Keghairahan, minat yang mendalam dan cinta pada sesuatu topik itu akan menonjol apabila kita berbicara. Serlahkan keghairahan kita dalam percakapan kita. Ini sering kali menjadi mudah apabila kita bercakap mengenai sesuatu yang kita cinta. Oleh sebab itu juga, dalam perniagaan, pastikan perniagaan yang kita dalami adalah sesuatu yang menarik minat kita.

Apabila kita berbicara dengan penuh ghairah dan bersungguh-sungguh, pastinya ia akan berjaya menarik hati mereka yang mendengar berbanding dengan sekiranya kita hanya bercakap ala kadar dan tidak menunjukkan riak wajah yang ceria dan mempesonakan.

Keghairahan adalah kunci utama dalam berkomunikasi dengan efektif.

Rahsia #2: Beri Inspirasi

Beri inspirasi kepada audiens anda. Inspirasi akan menyentuh emosi. Emosi adalah apa yang akan menghubungkan antara anda dan pendengar pada tahap yang lebih mendalam. Percakapan seringkali akan menyentuh logik manusia. Tetapi, inspirasi akan menyentuh emosi manusia.

Kebanyakan daripada kelakuan manusia adalah berdasarkan emosi. Oleh itu, dengan menyentuh emosi melalui inspirasi, anda akan berjaya mendapat respons yang positif daripada audiens.

Sebagai contoh, sekiranya menyebut "Jimmy berjaya mendapat keputusan  cemerlang dalam peperiksaan", ia hanya menyentuh logik. Tetapi, sekiranya disertakan  sedikit inspirasi seperti "Jimmy berjaya mendapat keputusan cemerlang walaupun dirinya seorang OKU yang tidak dapat melihat sejak berumur 10 tahun akibat kemalangan", sudah tentunya memberi impak yang lebih tinggi oleh kerana disertakan sumber inspirasi.


Dalam berkomunikasi, cuba selitkan elemen-elemen inspirasi untuk menyentuh emosi pendengar anda.


Rahsia #3: Jelas & pendek

Bercakap dengan jelas. Gunakan perkataan-perkataan yang mudah difahami. Fahami bahawa apabila kita berkomunikasi, kita sering berhadapan dengan mereka yang pelbagai latar belakang. Tidak semua akan fahami apa yang kita ingin sampaikan, oleh itu, gunakan perkataan yang mudah untuk di fahami.

Adakalanya kita perlu jelaskan semula supaya pendengar benar-benar faham apa yang kita hendak sampaikan.

Ketika memberi ceramah perniagaan Internet, terdapat berbagai-bagai bahasa Internet yang asing perlu digunakan. Seringkali saya tidak menggunakan bahasa-bahasa teknikal oleh kerana antara audiens mungkin ada yang tidak faham. Oleh itu, saya perlu permudahkan apa yang ingin disampaikan supaya ianya jelas. Sebagai contoh,  "Untuk menjalankan perniagaan Internet anda perlu membayar webhosting setiap tahun". Digantikan dengan "Untuk menjalankan perniagaan Internet, anda perlu membayar sewa seperti sewa kedai di luar sana. Sewa kedai di Internet di bayar setahun sekali dan dikenali sebagai web hosting". Haaa... baru lah ramai yang faham.

Dalam berkomunikasi juga, ringkaskan apa yang hendak dikatakan. Padatkannya. Jangan berikan sehingga 10 perkara apabila berkomunikasi. Berikan 3 sahaja mencukupi. Asalkan apa yang disampaikan dapat diterima pendengar.  Apa gunanya bercakap sehingga 1 jam sekiranya apa yang kita boleh sampaikan dapat difahami dalam masa 20 minit?

Mat Salleh menggunakan istilah KISS - Keep It Short and Simple. Anda juga perlu pendekkan dan permudahkan supaya lebih mudah audiense anda menyerap setiap perkara yang anda ingin sampaikan.

Itulah kunci komunikasi ke tiga!

Sertai preview percuma Dari Kosong Sampai Jutawan hari Rabu di JB dan Khamis di KL. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.irfankhairi.com/mentor/darikosong/

04 January 2010

hari pertama persekolahan







Hari adalah hari pertama sesi persekolahan tahun 2010 bagi negeri Selangor dan yang sewaktu dengannya.

Bagi mereka yang mempunyai anak berumur 7 tahun, hari ini adalah merupakan hari pertama mereka menjejak kaki ke alam persekolahan yang sebenar. Namun ada di antara kita yang dah hantar anak ke pra-sekolah se awal anak berumur 4 tahun.

Tugas kita sebagai ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah supaya mereka mendapat pendidikan yang sempurna dan menjadi murid yang cemerlang dalam bidang akademik.

Dan tugas mendidik ini tidak seharusnya diserahkan kepada pihak guru sahaja kerana kita juga seharusnya memainkan peranan untuk sama-sama mendidik anak-anak kita agar mereka berjaya dalam pelajaran.

Di sini kami ingin berkongsi maklumat mengenai hasil penyelidikan yang telah di jalankan oleh penyelidik Adam Khoo berkenaan  pelajar yang menghadapi masalah semasa belajar. Dan gejala ini lah yang sekiranya tidak ditangani akan menyebabkan prestasi pelajaran anak-anak kita merosot .
  • Lemah ingatan atau mudah lupa
  • Malas
  • Suka menangguhkan kerja
  • Leka bermain komputer,internet dan menonton TV
  • Sukar memahami apa yang diajar
  • Mudah hilang tumpuan
  • Mengelamun atau berangan-angan dalam kelas
  • Cemas atau risau untuk menghadapi peperiksaan
  • Cuai atau selalu melakukan kesilapan
  • Tekanan dari ibubapa
  • Mudah menyerah kalah atau give up
  • Kurang motivasi
  • Tak suka guru
  • Tak minat untuk belajar

01 January 2010

tahun baru azam baru

Selamat tahun baru 2010

Hari ini adalah hari pertama di tahun baru 2010. Bermulalah episod baru dalam kehidupan dengan harapan baru, pengisian hidup yang baru dan azam baru.

Setiap kali bermulanya tahun baru orang akan bercerita tentang azam baru. Berazam ingin melakukan perubahan untuk menjadikan kehidupan seseorang menjadi lebih baik, lebih ceria , lebih berjaya dan sebagainya. Di antara azam baru yang popular:
Sentiasa sihat
Kurang berat badan
Berhenti merokok
Simpan duit
Kurangkan stress
Dapat kerja yang bagus
Belajar ke peringkat lebih tingggi
Score dalam pelajaran
Bebas hutang
Diet
Bertanggungjawab terhadap alam sekitar
Banyak berderma
Belajar sesuatu yang baru
Be more independent
Nikah
Kahwin lagi satu
Bercuti ke luar negara
Update blog dll.
Setiap dari kita mempunyai azam yang berlainan bergantung kepada keinginan atau matlamat individu tetapi ada beberapa azam atau resolusi yang hampir sama. Di antaranya;
  • Jaga kesihatan
  • Berazam untuk sentiasa sihat dengan mengamalkan diet yang betul dan selalu melakukan exercise atau bersenam.
  • Luangkan lebih masa bersama keluarga
  • Lebihkan masa untuk bersama keluarga, makan atau main bersama.
  • Berhenti merokok atau lain-lain tabiat buruk
  • Ucapkan selamat tinggal kepada tabiat-tabiat buruk sempena tahun baru.
  • Enjoy life more
  • Hilangkan rasa stress dan bergembira bersama keluarga tersayang.
  • Bebas dari bebanan hutang
  • Jadikan tahun ini sebagai tahun bebas hutang dengan merancang perbelanjaan dengan betul.Start saving.
  • Belajar sesuatu yang baru
  • Mempelajari sesuatu yang baru untuk menambah ilmu tak kira samada dalam bidang pelajaran mahu pun kerjaya.