09 September 2009

090909 radio day


Hari ini 090909 diistiharkan sebagai hari radio sedunia. Hari radio juga disambut buat pertama kali di negara kita.

Radio , ciptaan Thomas Edison adalah salah satu alat media yang boleh dikatakan dimiliki oleh semua orang. Setiap rumah mesti ada radio, dalam kenderaan malah di mana-mana kita dapat mendengar radio.

Perkembangan teknologi juga menjadikan radio semakin canggih. Kalau zaman dulu untuk mencari channel kita terpaksa melakukan secara manual. Sekarang kita boleh lakukan secara auto dan channel boleh disimpan dalam memori. Kini radio berada dihujung jari.

Kalau ada radio mesti ada juru hebah atau kini lebih dikenali sebagai DJ. Cara penyampaian DJ juga jauh berbeza kalau dibandingkan dulu. Mungkin juga disebabkan peranan dan pendekatan radio sudah berubah. Dulu radio berperanan sebagai penyampai maklumat kerajaan kerana radio hanya dikendalikan oleh RTM sebuah agensi kerajaan.

Di Malaysia terdapat 19 rangkaian radio milik swasta dan 34 rangkaian radio milik RTM yang dikendalikan dalam pelbagai bahasa. Rangkaian radio ini pula bersaing untuk menarik seberapa ramai pendengar supaya dapat menduduki rating tertinggi. Sebab itu kita dapati ada stesen radio yang mengunakan khidmat selebriti sebagai DJ.

Semuanya terpulang kepada individu untuk memilih rangkaian radio mana yang mereka minati. Bagi mereka yang mendengar radio untuk mendapat info dan maklumat tentang perniagaan dengarlah radio sebenar dan semasa atau the business station.

Happy Radio Day

04 September 2009

close friend

Semalam saya singgah di pasaraya Maidin untuk membeli butang baju melayu. Setelah memilih butang baju yang hendak dibeli saya beredar ke bahagian songkok. Kelihatan 2 lelaki Cina berada di situ. Seorang tengah mencuba songkok dan kawannya sedang meninjau kotak songkok yang tersusun di atas rak..

" You nak pakai songkok ke ..?" saya bertanya kepada lelaki Cina itu.

" Takda la.. saya nak beli untuk kawan kat oversea sana...dia tak dapat balik raya....
sana... mana ada jual songkok " jawab lelaki Cina.

" Macamana you tau sais songkok yang dia pakai..?

" Dulu.. topi saya dia boleh pakai...saya dengan dia kepala sama.."

Setelah mengambil songkok mereka beredar dari situ. Tentu lelaki Cina dan kawan Melayu yang tinggal kat oversea tu close friend.... dan sama kepala.

03 September 2009

cuti hari merdeka


Sempena cuti hari merdeka kami sekeluarga balik kampung kerana ada gotong royong mengecat rumah. Anak2 bersama sepupu mereka ambil bahagian mengecat rumah atuk mereka.

Gambar di atas adalah rumah atuk mereka yang disapu cat undercoat untuk menghilangkan warna asal.


Warna hijau askar dipilih kerana atuk mereka adalah pesara tentera. Warna itu juga dipilih sempena menyambut hari kemerdekaan ke 52. Dan di sinilah nanti akan berkumpul kesemua 19 orang cucu-cucunya untuk beraya.