30 August 2009

selamat menyambut hari kemerdekaan ke 52

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Itulah laungan keramat yang pertama bergema 52 tahun lalu.
Laungan yang menandakan bebasnya negara dari cengkaman penjajah.
Dan saban tahun laungan Merdeka! bergema diudara.

Setiap tahun sebelum jam menghampiri detik 31 Ogos pelbagai acara, pelbagai program diatur. Bertujuan untuk menyemarak sambutan hari kemerdekaan.

Acara larian merdeka, basikalton merdeka, bermotorsikal beramai-ramai sempena merdeka,
program kibarkan bendera, kibarkan jalur gemilang dan pelbagai acara hiburan diatur sebelum detik 12 tengah malam setiap 31 Ogos. Dan ianya akan diakhiri dengan pembarisan Hari Kemerdekaan.

Selalunya program-progam menyambut kemerdekaan diadakan secara besar-besaran. Skala program yang dilancarkan bergantung kepada mood pemimpin negara dan suasana ekonomi pada masa itu. Seandai nya pemimpin negara mahukan sambutan besar2an maka gugur bertaburan peruntukan2 untuk memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun tersebut diikuti deretan sumbangan dari pihak swasta.

Jarang sekali majlis ilmu sempena menyambut Hari Kemerdekaan diadakan secara besar2an. Kalau ada pun ianya dianjurkan dengan sekala yang kecil.

Tahun ini negara menyambut hari kemerdekaan yang ke 52. Mungkin disebabkan suasana ekonomi yang lembab pergolakan politik negara yang agak bercelaru maka sambutan Hari Kemerdekaan diadakan secara serderhana. Mungkin juga kerana tahun ini hari Kemerdekaan jatuh dalam bulan ramadhan.


Merdeka!

Laungan keramat ini sebenarnya memberi makna yang cukup besar kepada bekas pejuang negara iatu bekas askar Melayu DiRaja. Bila bergema laungan merdeka, kenangan silam iaitu pahit getir berjuang menghapuskan musuh negara terpantul dalam ingatan mereka. Bertapa besarnya pengorbanan mereka meredah hutan belantara membenteras ancaman komunis demi memastikan negara aman damai.

Mereka terpaksa bergadai nyawa, meninggalkan keluarga tercinta demi menyahut seruan negara untuk menjaga keamanan selepas mencapai kemerdekaan.

Sesungguhnya kami berbangga kerana lahir dari keluarga askar dan keperitan hidup keluarga askar di zaman dahulu telah kami rasai dan lalui.

Dan sempena Hari Kemerdekaan yang ke 52 ini kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua bekas pejuang negara.
JASAMU TETAP DIKENANG.

25 August 2009

wet book the panasonic toughbook 19

Menonton drama Korea melalui internet dengan menggunakan notebook di taman rekreasi sementara menunggu waktu berbuka sungguh menyeronokkan. Apakata kalau tiba2 hujan turun.

Anda tak perlu berlari untuk berteduh dan terus dapat menonton drama tersebut sekiranya anda memiliki wet book , waterproof Panasonic Toughbook CF 19 notebook.
Notebook keluaran terbaru Panasonic ini memiliki ciri ciri tahan lasak dan kalis air. Ia amat sesuai digunakan oleh kaki pancing dan juga kaki panjat gunung kerana ianya tahan sekiranya jatuh dari ketinggian 6 kaki.
Durability Features MIL-STD-810G certified;
6' drop, shock, vibration, rain, dust, sand, altitude, freeze, temperature shock,humidity, explosive atmosphere.
IP65 certified sealed all-weather design
Full magnesium alloy case with hand strap
Fully rugged and lightweight - ideal for working in those challenging environments.

23 August 2009

bazar ramadan


Suasana bazar ramadan di hari pertama berpuasa. Ramai pengunjung datang untuk membeli juadah untuk berbuka puasa.
Pelbagai juadah dijual, ada ayam percik, ayam golek, ikan bakar, sup gear box dan bermacam lauk pauk untuk berbuka.
Tidak banyak gerai yang menjual kuih muih disini. Harga kuih yang jual 4 biji 2 ringgit berbanding tahun lepas 5 biji 2 ringgit. tak ada gerai yang jual kuih akok dan lompat tikam kuih kegemaran Amir.
Salah satu gerai paling awal menutup perniagaan......tu dia RM 1.

20 August 2009

Ramadan bulan mulia menjelma kembali

Selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada muslimin, muslimat, kaum keluarga tersayang, sahabat , kenalan dan sesiapa yang ter klick laman blog ini semoga ibadat puasa diberkati Allah SWT.

Kepentingan Puasa dari aspek kesihatan
Lumrahnya kita kurang faham tentang tatacara puasa yang boleh mendatangkan faedah kepada kesihatan kerana terlalu biasa dengan cara tertentu yang menjadi budaya masyarakat. Amalan puasa yang diwarisi sejak turun-temurun ini bukan sahaja tidak memenuhi kaifiat puasa,malah ianya akan mengurangkan pahala puasa dan boleh mendatangkan mudharat kepada orang yang berbuat demikian.

Umumnya dalam keadaan tidak berpuasa, banyak tenaga digunakan untuk proses penghadaman makanan. Pada masa yang sama, proses metabolisma dalam sel-sel sentiasa berjalan selagi kita makan dan minum. Sel-sel badan ini berfungsi memproses bahan makanan untuk digunakan oleh sel dan badan.

Semasa menjalankan proses ini, bahan buangan turut dihasilkan dan is perlu dikeluarkan dari sel. Jika sel-sel badan terlalu sibuk memproses makanan yang diterima, proses buangan ini akan menjadi kurang efisyen.

Pada kebiasaannya, pergerakan zat makanan (dan toksin) adalah kearah lemak dan daging. Oleh itu, makanan yang diambil dengan kuantiti yang melebihi keperluan badan akan menyebabkan terkumpulnya bahan-bahan simpanan yang disimpan sebagai lemak.

Di samping itu, jika fungsi perkumuhan bahan buangan kurang efisyen, maka toksin yang wujud pun akan tersimpan didalam lemak. Oleh itu sewaktu kita tidak benpuasa (dan tidak pula melakukan senaman), proses pembakaran lemak akan menjadi tidak efisyen. Maka secara tidak langsung proses pembuangan toksin juga turut akan tergendala. Ini adalah kerana lemak dalam badan hanya menjadi tenaga yang tersimpan dan hanya akan digunakan jika bahan bakar biasa yang terhasil dari karbohidrat tidak mencukupi.

Jika proses perkumuhan sentiasa dalam keadaan tidak efisyen, lama-kelamaan sel-sel badan akan berfungsi dengan tidak optima kerana proses pembuangan tergendala. Ini akan menyebabkan sistem sistem lain dalam badan seperti sistem penghadaman dan lain-lain akan turut tergendala. Akibat dari gangguan berbagai sistem ini, kita akan mengalami gejala gangguan kesihatan seperti lenguh-lenguh badan,cepat letih, mudah demam dan berbagai bagai penyakit lain.

Berlainan pula semasa berpuasa, aktiviti memproses makanan akan berkurangan (atau berhenti bagi tempoh waktu yang telah ditetapkan ) tetapi proses perkumuhan atau pembuangan masih tetap berjalan. Oleh kerana sel badan dapat memberi tumpuan kepada proses pembuangan bahan buangan dan toksin, proses ini dapat berjalan dengan lebih efisyen. Dalam keadaan ini juga, badan kita akan mengalihkan sumber tenaga dari glukosa kepada lemak yang tersimpan. Pembakaran lemak ini akan mengeluarkan toksin dari sel dan seterusnya dapat dibuang keluar.


Bagi proses perkumuhan ini, hati dan buah pinggang memberi lebih tumpuan kepada pembuangan toksin dan bahan buangan lain kerana dapat berehat dari memproses bahan makanan. Pada masa yang sama, darah (bersama oksigen dan bahan buangan dari sel-sel) dapat mengalir ke otak dan organ-organ lain. Perlu dinyatakan bahawa proses pembuangan toksin dari badan yang berlaku semasa berpuasa tidak akan dapat dilakukan dengan baik jika seseorang itu mengalami sembelit (susah membuang air besar) Usus besar adalah organ utama badan. Organ perkumuhan lain adalah termasuk hati, ginjal, paru-paru dan kulit.

Jika seseorang itu mengalami kekurangan air di dalam badan, buah pinggang akan menjadi kurang efisyen. Oleh itu semasa berpuasa, usus besar dan buah pinggang harus dijaga dengan baik supaya berupaya menjalankan proses perkumuhan yang akan membersihkan badan dan memulihkan fungsi sel secara optima.

Proses pembuangan toksin dari dalam sel-sel badan terutama sel lemak akan menyebabkan penyaliran semula toksid ini ke saluran darah sebelum ia dapat keluar dari badan. Proses pengaliran toksin ini akan menimbulkan gejala-gejala yang sering berlaku pada awal puasa seperti

i. Sakit kepala , ini berlaku kerana toksin yang terkumpul dalam sel mengalir ke saluran darah sebelum ia dikeluarkan dari badan.

ii. Lenguh-lenguh badan
iii. Lidah berdaki dan mulut berbau
iv. Kencing pekat dan berbau
v. Ceret-beret
vi. Letih lesu . Keadana ini berlaku diawal puasa kerana badan kita tidak menggunakan tenaga yang tersimpan dalam badan dan masih mengharap tenaga daripada makanan luar. Maka gula didalam darah berada ditahap rendah dan badan terasa lemah longlai, walaupun pada hakikatnya tenaga tersimpan dalam bentuk lemak yang mencukupi untuk beberapa bulan tanpa makan.

Berpuasa yang tidak berkesan untuk kesihatan.

Sebelum kita membincangkan cara-cara berpuasa yang berkesan, adalah kita memahami puasa yang tidak berkesan. Berikut adalah beberapa cara atau kebiasaan yang harus dijauhi supaya kita mendapat manfaat puasa sepenuhnya

i. Makan terlalu banyak sama ada waktu sahur atau berbuka
ii. Memakan makanan yang pedas, berempah atau payah untuk dihadam
iii. Memakan terlalu banyak daging terutama mereka yang menghidap batu karang, gout, allergi (alahan)
iv. Kerap makan sepanjang malam
v. Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
vi. Tidur selepas makan (perut kenyang)
vii. Minum terlalu banyak kopi atau teh

Jika kita masih meneruskan amalan diatas, kita bukan sahaja kurang mendapat manfaat puasa,malah kita akan merasa letih dan juga mungkin juga akan mengalami berbagai masalah kesihatan akibat daripada amalan tersebut. Malangnya masih ramai orang yang berpuasa dengan cara sedemikian. Dr. Alan Cott menyatakan dalam bukunya Fasting: The Ultimate Diet , Muslims fast religiously and unhealthily for a whole month. They eat and drink nothing during the day and gorge themselves at night.

Kenyataan ini tidak boleh dinafikan memang ada kebenarannya. Oleh itu kita harus berusaha untuk membaikinya agar berjaya mendapatkan manfaat sepenuhnya dari amalan puasa kerana puasa yang berjaya akan membuatkan keadaan rohani dan jasmani yang dinamik, kuat dan sihat.

Puasa yang sihat

Kunci bagi kejayaan yang berkesan ialah kawalan yang baik semasa berbuka dan bersahur. Oleh itu semasa berbuka, eloklah memakan makanan yang mudah di hadam,mengandungi banyak serat dalam kadar yang sederhana. Amalan Rasulullah s.a.w memakan buah kurma (tamar) semasa berbuka adalah baik untuk kesihatan kerana tamar mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi disamping mengandungi asid amino diantaranya ialah triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.

Jangan makan terlalu banyak. Malah sewaktu berpuasa kita sepatutnya merebut peluang untuk berjimat cermat khususnya dalam hal perbelanjaan iaitu dengan mengawal kuantiti pengambilan makanan
atau minuman agar tidak berlaku pembaziran tetapi bersederhana sama ada ketika berbuka atau makan sahur.

Jika banyak juadah yang dihidang dari aneka jenis dan rasa, sudah tentu sukar untuk kita mengawal apa yang sudah ada di depan mata. Begitu juga dengan air minuman. Sediakan minuman dari bahan semulajadi serta elakkan menggunakan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Sebaliknya kita boleh menggunakan gula merah, madu lebah atau jus buah asli.

Dalam hal ini, satu pertua yang baik diamalkan iaitu untuk mencuci usus dan menyenangkan pembuangan air besar ialah dengan meminum air yang dicampur dengan bunga kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur semasa berbuka. Cuba elakkan daripada mengambil minuman berupa kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi banyak rangsangan kepada saraf dan jantung semasa berpuasa.

Kafein juga sebenarnya memberi rangsangan kepada perut menyebabkan pengeluaran asid hidroklorik secara berlebihan dan ini boleh menyebabkan perut kita terasa pedih sehingga menyebabkan gastrik.

Kaedah puasa yang sihat juga adalah dengan mengurangkan memakan protein binatang semasa berbuka atau bersahur. Ini disebabkan protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan susah untuk dihadam.

Ia juga adalah makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak lantaran keadaan ternakan dan cara ternakan yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan bahan kimia dan berbagai jenis racun termasuklah kuman, horman, antibiotik dan logam-logam berat, racun serangga dan sebagainya.

Sebagai gantinya, banyakkanlah memakan protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dhal, kacang soya, kacang hijau, kacang merah dan lain-lain Walaupun protein di dalam sayur tidak lengkap, ia dapat diatasi dengan mempelbagaikan sayuran dan mencampurkan jenis yang dimakan di mana ini akan melengkapkan diantara satu sama lain.

Kesimpulan

Imam Ghazali dalam Ihya Ulumuddinnya mengatakan bahawa bencana paling besar dalam kehidupan manusia adalah nafsu perut (kuat makan). Oleh itu janganlah sekali-kali kita merasa berat untuk berpuasa apalagi puasa yang wajib di bulan Ramadhan kerana puasa itu hakikatnya bukan sahaja boleh membentuk rohani manusia menjadi individu yang baik dan taat bahkan dengan berpuasa itu sendiri mampu mengimbangi kesihatan tubuh badan dan persekitaran kehidupan manusia.

Kehausan dan kelaparan yang diakibatkan oleh puasa akan mengingatkan kita kepada fakir miskin yang sering merasa haus dan lapar sehingga akan timbul perasaan belas kasihan di samping meningkatkan kepekaan sosial individu untuk bergaul mesra dengan masyarakat melalui aktiviti solat terawih berjemaah, menghadiri majlis berbuka puasa dan sebagainya.

Semoga kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith baginda yang maksudnya:

Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.(Ibn Majah).

Artikel ini disalin dari laman web JAKIM

18 August 2009

Samsung TV - Gaya Raya

Baju Melayu warna biru untuk Amir, Aiman dan Ammar belum dapat dibeli. Habis semua kedai pakaian dikunjungi di sebuah gedung membeli belah di SJ Parade. Tak ada baju warna biru yang matching dengan warna biru baju kurung kakak2nya.

Sebelum beredar dari kedai menjual pakaian saya singgah sebentar di kedai menjual peralatan elektrik.

Terpandang satu katalog dari Samsung dan tertarik dengan tagline nya SAMSUNG AV Fest Gaya Raya.
Tawaran hebat sempena hari raya kepada sesiapa yang membeli TV terbaru keluaran Samsung.

Apa yang menarik ialah Samsung telah memperkenalkan TV yang menggunakan teknologi terkini iaitu LED TV . Lebih slim, mega contrast technology, eco-friendly design, menjimatkan tenaga elektrik sehingga 40% dan yang lebih menariknya boleh dipasang selama seminggu atau lebih secara berterusan.

Perkembangan teknologi pembuatan TV tidaklah begitu pesat semenjak mula diperkenalkan sekitar tahun 30an di US dan mula di gunakan di Malaysia pada awal 60an.

Teknologinya hanya berubah dari TV hitam putih ke TV warna dan masih menggunakan display device iaitu picture tube atau dipanggil CRT ( cathode ray tube ).

Tetapi teknologi pembuatan TV berkembang secara drastik kini dan syarikat pengeluar TV terutama dari Jepun dan Korea berlumba mengeluarkan model-model terbaru di pasaran.

TV keluaran terbaru tidak lagi menggunakan CRT sebagai display device. Ianya telah diganti dengan LCD ( Liquid Crystal Display) dan yang terbaru menggunakan LED sebagai monitor atau alat display.

Tambahan lagi TV kini direka dan dijadikan sebagai interactive TV dan dilengkapkan dengan interactive multimedia programming dan juga mempunyai memory storage.

Dengan menggunakan TV kita boleh mainkan video, lagu , games dan pelbagai peralatan multi media yang lain menerusi USB port.

Dapatkan LED TV keluaran Samsung untuk bergaya di hari raya ...... Gaya Raya

13 August 2009

Simpang Mengayau, Sabah - Tip of Borneo

Kalau bercuti ke Sabah, negeri di bawah bayu, tempat yang perlu dikunjungi ialah Simpang Mengayau.

Terletak 40 km dari pekan Kudat juga di panggil sebagai Tip of Borneo.
Mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit perjalanan dari Kota Kinabalu.

Simpang Mengayau adalah sebuah tanjung yang terletak paling utara di negeri Sabah.

Panorama di kawasan ini cukup indah terutama ketika matahari terbit kerana ia berada di atas bukit yang tinggi dan menghadap Laut Sulu di sebelah kanan dan Laut China Selatan di sebelah kiri.

Persisiran pantai dilitupi pasir putih yang bersih. Di sini tidak ada rumah kediaman mahu pun kedai yang ada hanya sebuah pondok polis yang mengawal pantai dari kemasukan pendatang tanpa izin.

Terdapat sebuah surau bersebelahan pondok polis.

Airnya sangat jernih dan tenang.


03 August 2009

bank pitis bank simpanan kerajaan negeri



Walau pun rakyatnya ramai yang kaya raya , kerajaan negeri Kelantan masih terletak dalam katogeri kerajaan negeri yang miskin berbanding dengan negeri negeri lain.

Kerajaan negeri Kelantan sedang merayu dengan Kerajaan Persekutuan supaya membayar royalti minyak yang digali di perairannya untuk mengatasi masalah tersebut.

Kalau berkunjung ke Kelantan kita akan dapat melihat bangunan tempat menyimpan pitih ( wang ) kerajaan negeri Kelantan.