26 June 2009

king of pop micheal jackson




Semasa dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah sekitar jam 7.00 pagi tadi, semua radio memutarkan lagu Micheal Jackson. Malah Hitx.fm dan Fly.fm memutarkan lagu Beat It nyanyian Micheal Jackson pada waktu yang sama.

Tidak lama selepas itu DJ membuat pengumuman kematian raja pop Micheal Jackson. Micheal Jackson disahkan meninggal dunia pada jam 5.26 pagi waktu Malaysia di UCLA Medical Center Los Angeles.

Begitu pantas berita diterima dalam era internet masa kini dan mungkin selepas ini cd Micheal Jackson akan sold out dan sukar didapati kerana peminatnya akan membeli sebagai kenangan.

23 June 2009

selangor a cyber state by end-2010

Negeri Selangor akan menjadi negeri cyber sepenuhnya pada penghujung tahun 2010. Kenyataan yang di keluarkan dari pejabat YB Rodziah Ismail exco Kebajikan, Hal ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Selangor .

Kerajaan negeri Selangor mahukan rakyatnya menggunakan ICT sebagai media dalam urusan seharian seperti membayar bil, mendapat sumber maklumat dan lain-lain urus niaga.

Apa kata kalau urusan membeli barang runcit atau barangan dapur boleh dibuat melalui on line .. tentu memudahkan kita. Bangun dari tidur buka komputer dan order barangan dapur untuk sediakan sarapan pagi. Mungkin first delivery pukul 8 pagi.

Ray Mini market atau pasar mini SOHO atau sesiapa yang ada kedai runcit boleh cuba bisnes kedai runcit on line. Kini ramai pakar bisnes internet yang boleh bantu atau boleh hubungi Irfan Khairi . com

20 June 2009

sejarah pasir salak

Semasa cuti sekolah baru-baru ni kami sekeluarga telah dijemput untuk menghadiri majlis persandingan keluarga kenalan dari Merlimau, Melaka bertandang ke Kampung Chenderong Balai , Teluk Intan Perak.




Jalan ke Kampung Chenderong Balai adalah merupakan salah satu jalan untuk ke jeti Lumut. Oleh kerana tempat majlis persandingan tidak jauh dari Lumut kami sekeluarga sepakat untuk pergi bercuti di Pulau Pangkok selepas majlis kenduri tersebut. Kami menempah 2 unit chalet di Teluk Nipah, Pulau Pangkor.


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Lebuhraya Plus penuh sesak kerana hari itu merupakan minggu pertama cuti sekolah dan sukar untuk parking di hentian Tapah. Ramai yang mengambil kesempatan untuk cuti balik kampung atau pergi melancung.


Kami sampai ke Kampung Chenderong Balai lebih kurang pukul 11 pagi sedangkan majlis bermula pukul 12.30 tengah hari. Kami terpaksa tunggu 1 jam setengah lagi sebelum dapat makan tengah hari.

Sebelum sampai ke tempat kenduri kami terpandang signboard menunjuk arah ke komplek sejarah Pasir Salak. Sementara menunggu kompang bergema menandakan majlis bermula kami sekeluarga menuju ke komplek sejarah Pasir Salak.

Komplek Sejarah Pasir Salak dibina pada tahun 1990 untuk dijadikan sebagai pusat pengumpulan bahan bahan bersejarah khususnya bagi negeri Perak. Komplek ini dibina di Pasir Salak kerana disinilah bermulanya kebangkitan orang Melayu menentang penjajah British. Di komplek ini terdapat bahan sejarah seperti rumah Dato' Maharaja Lela, rumah Kutai I, Pentas Belotah, Perahu Naga, Terowong Sejarah, Tugu Peringatan Birch dan banyak lagi peninggalan sejarah.

Di sini juga terdapat balai pameran senjata lama, alat alat pengangkutan, perabot rumah dan pakaian. Dan ini merupakan kali pertama kami sekeluarga sampai ke Pasir Salak tempat di mana J.W.W Birch mati dibunuh.

15 June 2009

self esteem


Dari segi perwatakan Amir lebih berani dan berkeyakinan. Selalunya bila ada binatang atau haiwan kecil memasuki halaman rumah beliaulah yang akan menghalau binatang itu keluar. Tetapi semasa berada di zoo baru-baru ini hanya Aiman yang berani memegang se ekor ular sawa.

Pernah membaca buku bagaimana untuk membina keyakinan diri anak.
Di antara saranan dalam buku tersebut yang boleh diambil untuk meningkatkan keyakinan diri anak anak kita;

1. Beri peluang anak-anak untuk membuat pilihan sendiri. Umpama kalau kita pergi shopping pakaian. biar mereka yang pilih pakaian yang hendak dibeli dan kalau kita rasa pakaian itu tidak sesuai terangkan mengapa.

2. Cuba ubah rutin harian supaya mereka dapat hadapi perubahan tersebut. Selalunya kita hantar anak ke sekolah atau ke rumah baby sitter, sekali sekala suruh ahli keluarga kita yang hantar agar anak kita dapat menerima atau menyesuaikan diri apabila berlaku sesuatu perubahan dalam rutin hariannya.

3. Beri penghargaan terhadap pencapaian atau kejayaan anak. Kalau anak kita bawa balik lukisan yang dia buat kat sekolah yang cikgu dia bagi lima bintang, belikan frame dan gantung kat dinding tentu dia rasa bangga.

4. Jangan rancang anak kita untuk gagal. Contohnya menghantar anak ke kelas muzik sedangkan dia lebih minat melukis.

5. Beri peluang anak kita bagi pendapat atau cadangan.

6. Elakkan membuat perbandingan dengan adik beradik atau kawan kawan mereka tetapi bandingkan dengan pencapaiannya sebelum ini. “ Dulu Ammar tak boleh duduk atas kerusi ini, sekarang dah boleh duduk , dah boleh makan kat meja makan , Ammar dah besar ya ..!”